“Goonies Never Say Die!”
— Mikey, THE GOONIES, (1985).
Peminat tegar filem aksi kanak-kanak zaman 1980-an, THE GOONIES dianugerahkan dengan sebuah kejutan besar minggu ini apabila pelakon komedi Josh Gad (FROZEN, BEAUTY AND THE BEAST) berjaya menyatukan semula barisan pelakon filem tersebut melalui sesi bualan telekonferens Zoom. Melalui saluran YouTube terbarunya yang berjudul REUNITED APART, Gad berjaya mengumpul pelakon Sean Astin, Josh Brolin, Corey Feldman dan penerbit eksekutif Steven Spielberg untuk bercerita tentang pengalaman mereka memfilemkan THE GOONIES 35 tahun lepas:
- Untuk pembaca yang tidak arif, THE GOONIES adalah filem aksi kanak-kanak daripada 1985 yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak melalui pencarian harta karun untuk menyelamatkan pekan mereka daripada dibeli oleh sebuah syarikat hartanah.
- Sesi telekonferens melalui Zoom ini menonjolkan barisan pelakon THE GOONIES membaca kembali skrip kepada beberapa babak-babak ikonik daripada filem tersebut dan memberi penghormatan kepada frontliners di Amerika Syarikat yang sedang berperang dengan wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus).
- Pelakon Josh Gad berkongsi bagaimana menonton filem THE GOONIES ketika dia berumur hanya 4-tahun mengubah hidupnya selama-lamanya serta bagaimana frasa “Goonies Never Say Die!” menolongnya meraih kejayaan di Hollywood.
- Penerbit eksekutif Steven Spielberg bercerita tentang idea disebalik sekuel THE GOONIES selepas 35 tahun: “Every couple of years, we come up with an idea, but then it doesn’t hold water. The problem is the bar that all of you raised on this genre. I don’t think we’ve really successfully been able to find an idea that is better than THE GOONIES that we all made in 1985.”
- Sesi bualan telekonferens Zoom ini dianjurkan untuk mengumpul derma bagi Center for Disaster Philanthropy dan tabung tindak balas Covid-19nya.
#Komen5KupangKu – Filem THE GOONIES daripada tahun 1985 sememangnya satu-satu daripada filem aksi kanak-kanak yang aku minati ketika membesar pada zaman 1990-an dulu kerana etos Amblin Entertainment yang dipunyai pengarah Steven Spielberg bagaikan Pixar versi ’80-an!
Amblin Entertainment berjaya menerbitkan filem aksi kanak-kanak yang masih epik sehingga zaman sekarang seperti THE GOONIES, E.T. THE EXTRA-TERRESTRIAL, BATERIES NOT INCLUDED dan GREMLINS.
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Steven Spielberg, hiburan Hollywood zaman 1980-an, serta industri perfileman Hollywood di:
- #TriviaFilem – Epilog Filem E.T. THE EXTRA-TERRESTRIAL
- Iklan #SUPERBOWL2020 WALMART Dipenuhi Easter Egg Filem Hollywood
- #TriviaTV – Tonton 5 Siri Kartun Popular Zaman 1980an Secara PERCUMA
- #TriviaTV – 15 Produksi Siri TV Hollywood Yang Terjejas Kerana Coronavirus
- Jadual Tarikh Terbit Terbaru Bagi Kesemua Filem Hollywood Yang Terkesan Oleh Coronavirus (2020-2027)
Apakah pendapat anda tentang reunion barisan pelakon filem legenda zaman 1980-an THE GOONIES?
Bincangkan.