Tahukah anda bahawa visi asal penulis Tom King untuk penutup arka cerita komik BATMAN sebanyak 105-isunya sebenarnya memerlukan kelulusan daripada pihak korporat atasan di Warner Brothers dan AT&T?

Malangnya, para pembaca tidak mungkin menahui apakah perubahan besar yang dicadangkan King kerana dia diumumkan akan meninggalkan komik BATMAN pada penghujung tahun ini dengan isu #85!

Berita mengejut tentang pemergian King daripada komik BATMAN ini berlaku hanya sembilan hari selepas King mentiriskan pelan untuk mengubah legasi watak Batman selamanya di dalam sebuah wawancara eksklusif bersama The Hollywood Reporter – bermula dengan isu Batman #75 yang bakal terbit pada bulan Julai ini.

“What we’re going to do for the last 15 issues is something no one’s ever seen for the character (Batman). It’s something that’s going to change the character for a generation, or maybe more. Maybe forever.

I never thought we’d get this kind of stuff approved; when you’re working with a corporate character, you think you’re going to have to reset. But this is a change that’s going to shake the world of Batman and it’s going to leave my mark on the character.”

Penulis Tom King tentang pelan asalnya untuk BATMAN, The Hollywood Reporter

#SoalanCepumasPada pendapat anda, apakah pelan asal Tom King untuk BATMAN yang bakal mengubah watak ini selamanya?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...

One reply on “Penulis Tom King Tinggalkan Komik BATMAN Dengan Isu #85!”