“One day, an Autobot will rise from our ranks and use the power of the matrix to light our darkest hour. Until that day, til all are one…”

— Optimus Prime, TRANSFORMERS: THE MOVIE, (1986).

Menurut laman Deadline.com, studio Paramount Pictures kini di dalam proses memulakan tiga projek TRANSFORMERS terbaru untuk tahun 2022 kehadapan – 1 filem animasi prekuel serta 2 filem live-action yang bakal membina francais TRANSFORMERS di dalam dekad ’20-an ini:

Kemurungan Era Pos-BAYFORMERS

Era BAYFORMERS (2007-2017)

Untuk pembaca yang tidak arif, realitinya sekarang adalah studio Paramount Pictures tidak mempunyai cukup Intellectual Property (I.P.) untuk terus bertanding dan berjaya di dalam industri perfileman di dekad ’20-an ini.

Tanpa pengedaran kolaborasi I.P. yang membawakan kejayaan besar kepada Paramout daripada tahun 2007-2014 bersama Marvel (filem IRON MAN sehingga THOR), DreamWorks (SHREK, KUNG FU PANDA, PUSS IN BOOTS), Lucasfilm (INDIANA JONES) dan Bad Robot Productions (STAR TREK); Paramount kini nekad dan perlu bergantung kepada francais-francais I.P. lama yang masih boleh dikolaborasikan dekad ini untuk diedarkan ke seluruh dunia:

  • G.I. JOE yang dimiliki Hasbro Studios
  • TRANSFORMERS yang dimiliki Hasbro Studios
  • PARANORMAL ACTIVITY yang dimiliki Blumhouse Productions
  • TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES yang dimiliki Nickleodeon Movies

#Komen5KupangKu – Selepas kegagalan besar filem TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT (2017) serta kejayaan sederhana prekuel BUMBLEBEE (2018) di pasaran box office sedunia, Paramount Pictures dan Hasbro Studios perlu menyusun strategi baru untuk dekad yang seterusnya! Sekiranya mereka tergopoh-gapah di dalam membangunkan francais TRANSFORMERS kembali, ada kemungkinan usaha pemulihan francais ini akan seteruk kolaborasi mereka bersama Fox/Disney untuk TERMINATOR: DARK FATE (2019) yang bukannya wujud kerana permintaan khalayak ramai – sebaliknya sebuah percaturan nekad oleh eksekutif studio yang ketandusan idea… 😅

#1 FILEM ANIMASI PREKUEL TRANFORMERS

Siri Animasi TRANSFORMERS Prekuel

Studio hiburan dibawah hak milik Hasbro, Entertainment One (eOne) dan Paramount Pictures telah memilih sutradara Josh Cooley daripada PIXAR — sejurus selepas memenangi anugerah Oscar untuk ‘Best Animated Film’ bagi filem TOY STORY 4 — untuk mengarah sebuah filem prekuel TRANSFORMERS berbentuk animasi berkisarkan asal-usul mereka di Cybertron. Fokus utama filem animasi prekuel ini adalah hubungan di antara Optimus Prime dan Megatron.

Skrip bagi filem animasi prekuel ini ditulis oleh Andrew Barrer dan Gabriel Ferrari, dua penulis yang terlibat dengan produksi ANT-MAN serta sekuelnya ANT-MAN AND THE WASP. Hasbro/eOne akan menerbitkan produksi ini manakala Paramount Pictures akan mengedarkannya ke seluruh dunia.

*NOTA: Penting untuk difahami bahawa filem animasi prekuel TRANSFORMERS ini tiada kaitan langsung dengan siri trilogi animasi TRANSFORMERS: WAR FOR CYBERTRON yang sedang diusahakan di antara Roster Teeth Studios dengan Hasbro Studios di pelantar penstriman Netflix.

Masih tiada indikasi setakat ini bila siri trilogy TRANSFORMERS: WAR FOR CYBERTRON – SIEGE akan disiarkan di Netflix pada tahun 2020, ataupun bila filem animasi prekuel TRANSFORMERS akan disiarkan di pawagam di seluruh dunia (kemungkinan terawal adalah tahun 2023 kehadapan).

#2 FILEM TRANSFORMERS: BEAST WARS

BEAST WARS Concept Fan Art | Furio Tedeschi

Projek filem live-action TRANSFORMERS yang pertama akan ditulis oleh James Vanderbilt (MURDER MYSTERY, THE AMAZING SPIDER-MAN 1 & 2, ZODIAC) berdasarkan siri animasi spin-off BEAST WARS: TRANSFORMERS (1996-1999) yang memaparkan Autobots dan Decepticons berubah menjadi haiwan liar di bumi seperti Cheetor (Cheetah), Optimus Primal (Gorilla) dan Rhinox (Rhinoceros).

#Komen5KupangKu – Aku sememangnya meminati siri animasi BEAST WARS: TRANSFORMERS daripada lewat zaman 1990-an kerana ia menawarkan sebuah sudut yang fresh kepada Transformers lore… Namun kehadiran penulis kurang berprestij seperti Vanderbilt yang menulis filem-filem hampeh seperti komedi Adam Sandler di Netflix (MURDER MYSTERY) dan menjunamkan francais Spider-Man di Sony Pictures (THE AMAZING SPIDER-MAN 1 & 2) membuatkan aku agak berjaga-jaga…

Dapatkah Vanderbilt kembali kepada zaman kegemilangannya sebagai seorang penulis pada tahun 2007 semasa berkolaborasi dengan pengarah David Fincher untuk filem penyiasatan noir, ZODIAC? Kita tunggu dan lihat… 🤔

#3 FILEM TRANSFORMERS: PREQUEL-VERSE

BUMBLEBEE Prequel-Verse

Projek filem live-action TRANSFORMERS yang kedua akan ditulis oleh Joby Harold (KING ARTHUR: LEGEND OF THE SWORD, Zack Snyder’s ARMY OF THE DEAD, AWAKE) – sebuah sekuel kepada filem reboot BUMBLEBEE (2018) yang dijayakan oleh pengarah Travis Knight (KUBO AND THE TWO STRINGS) dan penulis Christina Hodson (HARLEY QUINN: BIRDS OF PREY).

#Komen5KupangKu – Sesungguhnya, aku lebih teruja dengan projek live-action TRANSFORMERS ini kerana Harold pernah berjaya di Hollywood dengan filem thriller yang ditulis dan diarahnya sendiri – AWAKE pada tahun 2007 (lakonan Jessica Alba, Terence Howard dan Hayden Christensen) seta dia akan meneruskan visi dunia sinematik Knight+Hodson yang berjaya me-reboot francais TRANSFORMERS pada tahun 2018 dengan filem retro ’80-an BUMBLEBEE.

Hanya 5 minit di Cybertron (di dalam filem BUMBLEBEE) sudah cukup untuk mengubat hati peminat tegar animasi ’80-an TRANSFORMERS, selepas 10 tahun di bawah rejim kapitalis BAY-FORMERS yang hampeh… Sekiranya Harold berjaya membawa balik ‘classic feel’ TRANSFORMERS G1 di dalam sekuel BUMBLEBEE nanti, percaturan terbaru oleh Paramount Pictures in mungkin berjaya!

Permulaan Era Baru TRANSFORMERS

Transformers Generation One

Setakat ini, masih tiada indikasi daripada pihak Paramount Pictures sama ada filem live-action TRANSFORMERS ketujuh yang bakal terbit pada 22 Jun 2022 adalah adaptasi BEAST WARS: TRANSFORMERS nukilan James Vanderbilt ataupun sekuel BUMBLEBEE nukilan Joby Harold. Namun, jarak 4 tahun selepas filem BUMBLEBEE (2018) dengan filem ketujuh ini adalah jurang waktu yang terpanjang di antara filem TRANSFORMERS – sejak pengarah Michael Bay memulakan saga BAYFORMERS-nya pada tahun 2007.

#Komen5KupangKu Harapan kami di BuzzPopTV adalah pihak Hasbro Studios dan Paramount Pictures akan mempunyai kawalan kreatif yang lebih ketat dan lebih setia kepada sumber asal animasi TRANSFORMERS era ’80-an untuk dekad baru francais filem TRANSFORMERS nanti.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik TRANSFORMERS serta Siri Kartun Zaman 1980-an di:

Apakah pendapat anda tentang 3 projek TRANSFORMERS terbaru yang diumumkan oleh Paramount Pictures bagi tahun 2022 kehadapan?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...