“Space: the final frontier. These are the voyages of the starship Enterprise. Its five-year mission: to explore strange new worlds. To seek out new life and new civilizations. To boldly go where no man has gone before!

— Captain James T. Kirk, STAR TREK, (1966-1969).

Dengan berakhirnya siri TV STAR TREK: PICARD bulan lepas, penonton baru kepada semesta sinematik ini semestinya tertanya-tanya tentang alur masa daripada siri TV asal STAR TREK (1966) sehingga lah ke siri TV terbaru STAR TREK: DISCOVERY (2017) dan juga STAR TREK: PICARD (2020). Hari ini di BuzzPopTV, kita akan menyelami peristiwa-peristiwa penting peradaban manusia daripada abad ke-20 sehinggalah abad ke-24!

  • 1:15 The Eugenics War (1992 – 1996) – Eksperimen genetik menghasilkan evolusi manusia yang seterusnya – Augments! Seteru utama Captain Kirk, Khan Noonien Singh dilahirkan pada dekad ini.
  • 2:20 Word War III (2026-2053) – Perang terakhir di antara umat manusia tanpa campur tangan makhluk asing.
  • 3:10 First Contact (2063) – Inovasi teknologi Warp Drive dicipta oleh saintis Zefram Cochrane. Makhluk asing Vulcans turun ke bumi untuk kali pertama.
  • 4:05 Enterprise (2130) – Pertubuhan StarFleet diwujudkan di San Francisco yang membina kapal Warp-5 pertama, Enterprise NX-01 diketuai Captain Jonathan Archer.
  • 5:05 United Federation of Planets (2161) – Manusia berkerjasama dengan makhluk asing Vulcan, Andorrian serta Tellurides membina The Federation!
  • 5:15 Star Trek: Discovery (2255) – Siri Prekuel kepada siri TV asal STAR TREK (1966). Kapten Gabriel Lorca serta krew kapal USS Discovery (NCC-1031).
  • 6:35 Star Trek (2265-2269) – Siri TV asal daripada 1966 yang memulakan francais ini! Kapten James T. Kirk serta krew kapal USS Enterprise (NCC-1701).
  • 7:15 Star Trek: The Motion Picture (2270) – 5 filem menonjolkan krew asal Star Trek.
  • 7:40 Star Trek: The Next Generation (2364) – Siri Sekuel kepada STAR TREK (1966). Kapten Jean-Luc Picard serta krew kapal USS Enterprise-D (NCC-1701-D).
  • 8:55 Star Trek: Deep Space Nine (2369)Commander Benjamin Sisko serta krew stesen angkasa Deep Space Nine menghadapi The Dominion War.
  • 10:00 Star Trek: Voyager (2371)Captain Kathryn Janeway serta krew kapal USS Voyager (NCC-74656) melayari di angkasa Kuadran Delta.
  • 10:30 Kelvin Timeline – Alur masa alternatif yang terdiri daripada filem reboot STAR TREK (2009), STAR TREK: INTO DARKNESS (2013) dan STAR TREK: BEYOND (2016).
  • 11:50 Star Trek: Picard (2399) – Sekuel kepada siri TV STAR TREK: THE NEXT GENERATION (1987) yang memaparkan Jean-Luc Picard serta krew La Sirena.

#Komen5KupangKu – Sesungguhnya sebagai seorang remaja yang membesar pada era 1990-an, aku lebih cenderung kepada francais STAR WARS daripda STAR TREK kerana dipupuk sejak kecil lagi oleh ibu bapa serta rakan-rakan zaman persekolahan…

Namun siri filem reboot STAR TREK (2009) oleh pengarah J.J. Abrams serta usaha penulis Bryan Fuller dan Alex Kurtzman di STAR TREK DISCOVERY (2017) dan STAR TREK: PICARD (2020) untuk memodenkan francais ini, membuatkan aku teruja dengan hala tuju terbaru STAR TREK yang dipenuhi babak aksi (dan bukan diplomasi) serta watak-watak lantang seperti Captain Philippa Georgiou (Michelle Yeoh), Science Specialist Michael Burnham (Sonequa Martin-Green) serta Captain Cristóbal Rios (Santiago Cabrera)!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik francais STAR TREK, siri STAR TREK: DISCOVERY, serta STAR TREK: PICARD di:

Siapakah kapten kapal STAR TREK yang anda paling minati daripada sejarah 54-tahun francais STAR TREK di udara?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...