Treler acah untuk kandungan DISNEY+ bagi tahun 2020 menonjolkan pandang pertama bagi beberapa rancangan yang ditunggu ramai peminat tegar MCU dan STAR WARS seperti:
– ‘WandaVision’
– ‘The Falcon and The Winter Soldier’
– ‘The Mandalorian’ Musim Ke-2
– ‘The Clone Wars’ Musim Ke-7

Penting untuk difahami bahawa treler ini mengesahkan bahawa siri televisyen (TV) WANDAVISION kini dipercepatkan daripada terbit pada awal tahun 2021 kepada lewat tahun 2020!

Ura-ura disebalik tabir Marvel Studios ada mengatakan bahawa peristiwa di dalam siri TV WANDAVISION nanti akan berkait rapat dengan peristiwa di dalam filem DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS kerana Wanda a.k.a. Scarlet Witch bakal membuat kameo eksklusif di dalam sekuel ini.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk rancangan-rancangan baru daripada pelantar penstriman Disney+ pada tahun 2020 nanti?

Bincangkan.

14 Shares:
You May Also Like