Selepas peminat tegar TRANSFORMERS dikejutkan awal petang tadi dengan treler ke-2 BUMBLEBEE yang penuh dengan aksi Transformers G1 zaman ’80-an yang hebat, kini treler antarabangsa kedua ditularkan di laman media sosial pula.
https://youtu.be/UsCg1lW6oR0
Treler antarabangsa ke-2 untuk filem BUMBLEBEE menetapkan motivasi cerita ini dengan jelas sekali – pada permulaannya ‘Bee adalah pelarian Perang Cybertron yang jatuh ke Bumi untuk mengelakkan diri.
Decepticon yang bernama Blitzwing serta dua Decepticons versi Triple Changers – Shatter dan Dropkick – kemudiannya turun ke Bumi untuk berkerjasama dengan Agent Burns (John Cena) dan Sector 7 bagi memburu Bumblebee.
Aksi-aksi Perang Cybertron juga terbongkar dengan babak-babak tambahan dalam treler antarabangsa ke-2 ini – terutamanya aksi Soundwave dan Ravage menentang Optimus Prime!
Filem BUMBLEBEE bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 20 Disember 2018.
#Transformers #Bumblebee #InternationalTrailer #NoMoreBayformers #BuzzPopTV
(Sumber: @ParamountPictures)