Treler versi Eropah yang baru tertiris memaparkan jalan cerita X-MEN: DARK PHOENIX yang lebih lancar daripada treler versi USA penuh ‘spoilers’ semalam! Treler ini lebih memberangsangkan dan menonjolkan tema sebenar Dark Phoenix yang mungkin akan menjadi perpisahan terbaik untuk filem X-Men terakhir daripada 20th Century Fox – selepas 12 filem dalam tempoh 19 tahun di pawagam sedunia.
Filem X-MEN: DARK PHOENIX bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Jun 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik X-MEN di www.buzzpop.tv!
#SoalanCepumas – Siapakah yang anda mahukan untuk mengambil alih watak-watak X-Men nanti apabila Kevin Feige dan Marvel Studios me-reboot francais ini pada lewat 2019 nanti?
Bincangkan.