“Let go of the past. Answer the call…”

Treler terbaru FROZEN 2 memaparkan plot sekuel ini dengan lebih jelas – menyentuh tentang sejarah silam kerajaan Arendelle yang kemungkinannya berkaitan dengan punca sebenar kuasa Elsa sebagai Snow Queen!

Apakah rahsia disebalik kuasa Elsa yang tidak disimpan oleh ibu bapanya sehingga ke kubur mereka? Siapakah gerangan puak-puak baru yang ditemui Elsa dan Anna di kawasan utara kerajaan Arendelle? Adakah makhluk-makhluk gergasi yang terdiri daripada batu itu antagonis sebenar untuk sekuel ini?

“Elsa the Snow Queen and her sister Anna are joined by their friends Kristoff, Olaf, and Sven as they embark on an adventure far into the forest, to learn the truth about the kingdom of Arendelle’s ancient mystery…”

Sinopsis FROZEN II

Sekuel kepada animasi Disney yang terbaik dekad ini, filem FROZEN II bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 November 2019.

(Sumber: @DisneyFrozen)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...