“Its about time…”

Selain daripada penggunaan muzik kontemporari dalam treler DOCTOR WHO ini, nampaknya musim terbaru ini menjanjikan kelainan dengan The Doctor wanita yang pertama dalam sejarah 55 tahun siri tv ini disiarkan!

#Komen5KupangKu – Untuk penulis, perasaan pertama yang timbul setelah menonton treler ini adalah agak pelik untuk melihat pelakon Jodie Whitaker memainkan peranan sebagai The Thirteenth Doctor – kerana kebanyakkan daripada lagaknya betul-betul bagaikan The Tenth Doctor – pelakon David Tennant.

Dalam realiti, sememangnya kedua-dua pelakon ini sahabat akrab. Namun daripada memek mukanya kepada reaksinya kepada bahaya dan cara Whitaker bergerak… Ia seolah-seolah bagaikan Tennant kembali lagi.

Adakah ini satu kebaikan atau keburukkan?

Hanya masa akan menentukan…

Musim ke-11 DOCTOR WHO bakal menemui anda di kaca tv melalui saluran BBC pada 7 Oktober 2018.

#SoalanCepumas – Apa pendapat anda tentang treler rasmi DOCTOR WHO musim ke-11 ini?

Bincangkan.

#DoctorWho #OfficialTrailer #Series11 #BBC #BuzzPopTV

(Sumber: @bbcdoctorwho)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...