Studio 20th Century Fox telah mempaparkan treler pertama X-MEN: DARK PHOENIX kepada para pemilik pawagam, pihak pemasaran dan media Eropah yang terkumpul di Saint Petersburg, Russia hari ini untuk satu persidangan FOX bagi filem-filemnya yang bakal terbit pada lewat 2018 dan 2019.

 

Selain daripada X-MEN: DARK PHOENIX, filem-filem FOX yang juga dipamerkan termasuk ALITA: BATTLE ANGEL dan THE AFTERMATH.

Setakat ini, masih tiada indikasi daripada FOX sama ada treler pertama X-MEN: DARK PHOENIX yang telah dipamerkan akan ditularkan kepada khalayak ramai.

#XMen #DarkPhoenix #FOX #ProductPresentation #BuzzPopTV

(Sumber: @mrbyrkin)

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...