“My philosophy is that worrying means you suffer twice.”

— Newt Scamander, FANTASTIC BEASTS AND WHERE TO FIND THEM, (2016).

5 fakta tentang buku teks Fantastic Beasts and Where to Find Them yang anda wajib tahu untuk mengamati francais filem J.K. Rowling serta sekuel FANTASTIC BEASTS 3 pada tahun 2021 nanti:

  • Fantastic Beasts and Where to Find Them ditulis pada tahun 2001 oleh penulis tersohor J.K. Rowling tentang makhluk-makhluk ajaib yang wujud di dalam semesta sinematik Wizarding World.
  • 80% daripada keuntungan penjualan buku ini, sebanyak GB£17 juta (2001-2009) telah didermakan kepada acara amal BBCComic Relief yang berjaya membasmi gejala kemiskinan dikalangan kanak-kanak di pelbagai lokasi sedunia.
  • Buku Fantastic Beasts and Where to Find Them telah diterbitkan di dalam semesta sinematik Wizarding World pada tahun 1927, setahun selepas pengembaraan Newt Scamander di Amerika Syarikat – dan digunakan sebagai buku teks di Hogwarts sejak edisi pertamanya.
  • Di dalam buku teks ini, Scamander menerangkan tentang pengembaraannya menjelajahi 5 benua di seluruh dunia dan 85 spesis makhluk ajaib yang ditemuinya.
  • Apabila Harry Potter menggunakannya sebagai buku teks pada tahun pertamanya di sekolah Hogwarts (Harry Potter and the Philosopher’s Stone), buku teks tersebut adalah di dalam edisi cetak yang ke-52.

#SoalanCepumas

Sekuel FANTASTIC BEASTS 3 telah pun diumumkan secara rasmi dan sesi penggambarannya bakal bermula awal tahun 2020. Ikuti 5 fakta menarik tentang sekuel FANTASTIC BEASTS 3 di sini.

Apakah harapan anda untuk sekuel FANTASTIC BEASTS 3 pada tahun 2021 nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...