“Filmmaking is first and foremost an entertainment. The worst thing a filmmaker can do is make a boring picture. If you make a boring picture, you’ve not only failed, you’ve committed a crime!”
— Sam Raimi, THE EVIL DEAD, (1981).
Ketika diwawancara oleh ComingSoon.net untuk projek siri antologi horrornya di aplikasi Quibi 50 STATES OF FRIGHT, pengarah seram tersohor Sam Raimi (trilogi THE EVIL DEAD, DARKMAN, trilogi SPIDER-MAN) mengesahkan bahawa dia akan mengarah sekuel Fasa Keempat MCU, DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS:
“I loved Doctor Strange as a kid, but he was always after Spider-Man and Batman for me, he was probably at number five for me of great comic book characters!
He was so original, but when we had that moment in SPIDER-MAN 2 I had no idea that we would ever be making a DOCTOR STRANGE movie, so it was really funny to me that coincidentally that line was in the movie.
I gotta say I wish we had the foresight to know that I was going to be involved in the project.”
Sam Raimi, Pengarah, ComingSoon.net
#Komen5KupangKu – Memandangkan Sam Raimi sudah berkecimpung di industri Hollywood sebagai seorang pengarah sejak zaman 1970-an lagi, hari ini aku akan membincangkan 5 gaya sinematik yang acapkali digunakan oleh Raimi di dalam kesemua 13 naskah filemnya sehinggakan hari ini…
#1 ‘Genre Horror Comedy’
Gaya pengarahan Sam Raimi sejak filem pertamanya lagi, THE EVIL DEAD (1981) sememangnya dipengaruhi cintanya kepada kumpulan komedi 1920-an THE THREE STOOGES – menyebabkan Raimi terkenal di kalangan pengkarya Hollywood sebagai sutradara yang pandai menyulamkan elemen komedi kejam ke dalam babak seram penuh keganasan Rated-R dipenuhi limpahan darah (‘gore’) mencurah-curah.
#Komen5KupangKu – Walaupun aku agak kecewa apabila pengarah Scott Derrickson mengumumkan pada bulan Januari 2020 bahawa dia telah meninggalkan sekuel DOCTOR STRANGE kerana perbalahan kreatif dengan Marvel Studios… Namun pengumuman bahawa Raja Genre Komedi Seram, Sam Raimi bakal mengambil alih projek ini memberikan aku semangat baru dan membuatkan aku teruja untuk menonton sekuel ini!
Untuk sementara waktu, aku sarankan pembaca yang tidak arif tentang karya awal Sam Raimi pergi mencari dan menonton filem-filem seram komedinya – EVIL DEAD II (1987), DARKMAN (1990), ARMY OF DARKNESS (1992) dan DRAG ME TO HELL (2009).
#2 ‘Trailing Shot’
Gaya sinematik yang diciptakan oleh Raimi untuk THE EVIL DEAD (1981) adalah sebuah teknik penggambaran gabungan ‘shaky-cam dan steady-cam’ yang digunakannya sehingga hari ini. Raimi memasang kameranya pada sekeping papan 2×4 inci dan berlari sekeliling hutan mengekori watak utama, Ash – menyebabkan gambaran lancar yang boleh merayau secara bebas, tanpa beban tangan yang tidak stabil ataupun halangan sekiranya perfileman menggunakan gaya ‘dolly tracks’.
#Komen5KupangKu – Bayangkan gambaran video yang anda filemkan menggunakan sebuah gimbal smartfon pada zaman sekarang – telah dicipta oleh Sam Raimi pada tahun 1981 dengan hanya menggunakan sekeping kayu sahaja!
#3 ‘The Classic Cameo’
Sejak filem pertamanya THE EVIL DEAD (1981) sehinggalah filem OZ THE GREAT AND POWERFUL (2013), Raimi sentiasa cuba menyelitkan kereta klasik kepunyaannya – sebuah Oldsmobile Delta 88 (1973) berwarna kuning ke dalam satu babak atau lebih untuk kesemua filemnya!
#Komen5KupangKu – Daripada kereta legenda yang digunakan hero Ash di dalam trilogi THE EVIL DEAD, kepada kereta kepunyaan Uncle Ben sebelum kematian tragiknya di dalam trilogi SPIDER-MAN… Adakah ‘The Classic’ bakal membuat kameo di dalam semesta sinematik MCU nanti? Aku harap ia dipandu oleh Wong di dalam sekuel DOCTOR STRANGE nanti!
#4 ‘Monologue Ending’
Di dalam 13 filem yang diarah Sam Raimi sejak tahun 1981, dia telah mengakhiri tiga filemnya – DARKMAN (1990), ARMY OF DARKNESS (1992) dan SPIDER-MAN (2002) – dengan watak utamanya bermonolog di babak penghujung filem tersebut untuk merumuskan motivasi baru mereka selepas pengalaman yang dilaluinya di dalam filem tersebut:
#Komen5KupangKu – Memandangkan ketiga-tiga filem tersebut memaparkan hero di dalam filem solo mereka sendiri, aku harapkan Raimi akan menggunakan gaya sinematik ini kembali di penghujung filem DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS.
Bayangkan Benedict Cumberbatch bermonolog tentang pengajaran yang dipelajari Doctor Stephen Strange selepas pengembaraannya ke pelbagai semesta MCU!
#5 ‘Recurring Actors’
Sejak filem pertamanya THE EVIL DEAD (1981) sehinggalah pengalaman Raimi mengarah siri TV legenda seperti HERCULES: THE LEGENDARY JOURNEY (1995-1999) dan XENA: WARRIOR PRINCESS (1995-2001), kepada trilogi SPIDER-MAN (2002-2007) serta filem OZ THE GREAT AND WONDERFUL (2013); Raimi kerap kali menggunakan perkhidmatan tiga pelakon di dalam kesemua produksinya – pelakon legenda genre seram Bruce Campbell, adiknya sendiri pelakon Ted Raimi, dan pelakon hangat era ’00-an James Franco.
#Komen5KupangKu – Memandangkan pelakon Bruce Campbell sudah berjenaka di laman Twitternya yang dia berminat untuk terlibat di dalam sekuel DOCTOR STRANGE… Adakah kita bakal melihat Bruce Campbell, Ted Raimi dan James Franco sebagai versi-versi Doctor Strange yang lain di dalam semesta multiverse Marvel?
#SoalanCepumas
Filem DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS arahan sutradara Sam Raimi bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 November 2021.
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Semesta Sinematik MCU, Fasa Keempat MCU, serta Marvel Studios di:
- 5 Persoalan Penting Tentang MCU PHASE 4 (2020-2022)
- #TriviaTV – 20 Imej Siri TV Fasa Keempat MCU Di Disney+
- Kompilasi Kesemua Treler BLACK WIDOW Setakat Ini!
- #TriviaFilem – Sinopsis THE ETERNALS Dedahkan Anasir Jahat Baru Di MCU
- #TriviaFilem – Penulis Siri TV RICK AND MORTY Bakal Menulis Skrip ANT-MAN 3
Apakah pendapat anda tentang pengarah Sam Raimi mengambil alih sebagai sutradara untuk sekuel DOCTOR STRANGE?
Bincangkan.