#SoalanCepumas – Sempena bermulanya tahun 2019 ini – dimanakah kenderaan terbang dan ‘jetpack’ peribadi, kuasa telekinetik hasil eksperimen kerajaan, klon-klon untuk tuaian organ masyarakat kaya, siri TV realiti penjenayah yang menaruh hidup mereka untuk kebebasan serta warga buruh di angkasa lepas berdasarkan manusia sintetik?
Setiap filem Sci Fi diatas – daripada THE ISLAND (2005) oleh pengarah Michael Bay, kepada BLADE RUNNER (1982) oleh sutradara tersohor Ridley Scott, serta AKIRA (1988) oleh Katsuhiro Otomo, RUNNING MAN (1987) yang berdasarkan novel Stephen King dan BATMAN BEYOND (1999) -kesemuanya berlatarkan tahun 2019 versi futuristik di dalam keadaan distopia.
Apakah yang membuatkan tahun 2019 itu suatu tahun yang dipilih berkali-kali oleh ramai pencipta kreatif sebagai zaman hadapan di mana umat manusia didalam keadaan krisis?
Bincangkan.
(Sumber: @VictorYap)