“I hoped today might be a good day. Hope is a dangerous thing.”
— Colonel MacKenzie, 1917, (2020).
Selepas menggondol 2 Anugerah Golden Globes, filem 1917 terus menerus menempa kejayaan pada Musim Anugerah di dalam perjalanan ke Anugerah Academy Awards (Oscars) pada bulan Februari nanti!
Mula-mula filem 1917 menggondol tiga anugerah di upacara Critics’ Choice Awards – anugerah Best Director untuk pengarah tersohor Sam Mendes, Best Cinematography untuk sinematografor legenda Roger Deakins dan Best Editing untuk editor berbakat Lee Smith.
Kemudian ia berjaya memenangi anugerah Best Picture di upacara Producers Guild Of America minggu lepas, mensimenkan perjalanannya ke arah Anugerah Academy Awards (Oscars) nanti!
Untuk penonton yang tidak arif, filem 1917 adalah filem yang ke-14 yang berjaya memenangi kedua-dua anugerah Best Picture – Drama di upacara Golden Globes dan juga anugerah Best Picture di upacara Producers Guild Of America pada tahun yang sama.
Daripada 13 filem yang pernah berjaya menempa rekod ini, 10 filem tersebut telah berjaya memenangi Oscars untuk Best Picture di anugerah Academy Award! Hanya tiga filem yang tidak berjaya menggondol ketiga-ketiga anugerah pada tahun yang sama (Golden Globes, PGA, Oscars) adalah – Saving Private Ryan, The Aviator dan Brokeback Mountain.
Poster Dan Sinopsis 1917
“During World War I, two British soldiers — Lance Cpl. Schofield and Lance Cpl. Blake — receive seemingly impossible orders. In a race against time, they must cross over into enemy territory to deliver a message that could potentially save 1,600 of their fellow comrades — including Blake’s own brother.”
Sinopsis Filem 1917
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk filem 1917 (Sam Mendes) di dalam perjalanannya ke arah anugerah Academy Awards nanti?
Bincangkan.