“Is it just me, or is it getting crazier out there?”

— Arthur Fleck, JOKER (2019).

Di dalam satu usahasama dengan majalah Vanity Fair, pengarah Todd Phillips mengimbas balik pengalaman merakamkan babak pembukaan bagi filem JOKER tahun lepas. Phillips menerangkan bagaimana ‘ketegangan dinamik yang menusuk kalbu’ merupakan pendorong utama untuk mejana visinya serta setiap keputusan artistik di set penggambaran JOKER setiap hari.

Tonton video di bawah sepenuhnya untuk mempelajari modus operandi Todd Phillips dengan lebih lanjut:

Melalui kerjasama organik dengan barisan pelakon yang cukup berpengalaman seperti Joaquin Phoenix dan Robert de Niro, lokasi-lokasi retro yang praktikal, serta penggunaan kostum, persolekan dan pencahayaan yang terperinci – Phillips berjaya membina sebuah Bandar Gotham yang realistik dan benar-benar menakutkan….

Banner FIlem JOKER

“Forever alone in a crowd, failed comedian Arthur Fleck seeks connection as he walks the streets of Gotham City. Arthur wears two masks — the one he paints for his day job as a clown, and the guise he projects in a futile attempt to feel like he’s part of the world around him. Isolated, bullied and disregarded by society, Fleck begins a slow descent into madness as he transforms into the criminal mastermind known as the Joker.”

Sinopsis Filem JOKER

Filem JOKER kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 3 Oktober 2019 lagi. Untuk menonton ulasan tanpa spoiler kami tentang filem JOKER, sila klik di sini. Untuk mempelajari tentang watak Joker dengan lebih lanjut, sila klik disini.

  1. JOKER – Ulasan Tanpa Spoiler!
  2. #TriviaFilem – 10 Fakta Menarik Disebalik Tabir Filem JOKER!
  3. #POPQuote – Joaquin Phoenix Disebalik Tabir Filem JOKER!
  4. #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa Tiga JOKER Berlainan Wujud Di Dalam Semesta DC Comics?
  5. #TriviaTV – Tahukah Anda Bahawa Ketawa JOKER ‘Terlekat’ Pada Pelakon Cesar Romero Selama-Lamanya?

#SoalanCepumas

Apakah babak di dalam filem JOKER yang terngiang-ngiang di minda anda walaupun sudah berhari lamanya sejak anda meninggalkan panggung wayang?

Bincangkan.

13 Shares:
You May Also Like