“I just hope my death makes more cents than my life.”

— Arthur Fleck, JOKER (2019).

Di dalam satu usahasama dengan akhbar New York Times, pengarah Todd Phillips mengimbas balik pengalaman merakamkan babak tarian dipertengahan filem JOKER tahun lepas. Apa yang mula-mulanya merupakan masalah di set penggambaran pada suatu hari berubah menjadi movie magic akhirnya…

Tonton video di bawah sepenuhnya untuk mempelajari modus operandi Todd Phillips dengan lebih lanjut:

Babak ini menonjolkan kepentingan muzik latar kepada proses penggambaran JOKER untuk mencipta suasana yang dikehendaki oleh pengarah Todd Phillips. Komposer berbakat daripada Iceland, Hildur Guðnadóttir mula menyumbang muzik latar untuk filem ini sejurus selepas membaca skrip asal JOKER.

Walaupun ia bukan proses yang biasa dilakukan untuk filem-filem Hollywood yang lain (biasanya muzik latar ditulis selepas sesi penggambaran telah berakhir), namun muzik latar Hildur berjaya memberi inspirasi kepada pelakon berbakat Joaquin Phoenix. Ia mengubah babak yang biasa menjadi suatu persembahan yang menakjubkan di layar perak dan cukup transformatif untuk watak ini…

“Forever alone in a crowd, failed comedian Arthur Fleck seeks connection as he walks the streets of Gotham City. Arthur wears two masks — the one he paints for his day job as a clown, and the guise he projects in a futile attempt to feel like he’s part of the world around him. Isolated, bullied and disregarded by society, Fleck begins a slow descent into madness as he transforms into the criminal mastermind known as the Joker.”

Sinopsis Filem JOKER

Filem JOKER kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 3 Oktober 2019 lagi. Untuk menonton ulasan tanpa spoiler kami tentang filem JOKER, sila klik di sini. Untuk mempelajari tentang watak Joker dengan lebih lanjut, sila klik disini.

  1. #TriviaFilem – Disebalik Tabir Babak Pembukaan Filem JOKER!
  2. #TriviaFilem – 10 Fakta Menarik Disebalik Tabir Filem JOKER!
  3. #POPQuote – Joaquin Phoenix Disebalik Tabir Filem JOKER!
  4. #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa Tiga JOKER Berlainan Wujud Di Dalam Semesta DC Comics?
  5. #TriviaTV – Tahukah Anda Bahawa Ketawa JOKER ‘Terlekat’ Pada Pelakon Cesar Romero Selama-Lamanya?

#SoalanCepumas

Apakah babak di dalam filem JOKER yang terngiang-ngiang di minda anda walaupun sudah berhari lamanya sejak anda meninggalkan panggung wayang?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...