“E.T. phone home.”
— E.T., E.T. THE EXTRA-TERRESTRIAL, (1982).
Syarikat Comcast menawarkan epilog bagi filem blokbuster klasik E.T. THE EXTRA-TERRESTRIAL (1982) arahan pengarah tersohor Steven Spielberg melalui iklan musim Krismas terbarunya:
- Iklan Comcast Xfinity yang disiarkan ketika Macy’s Thanksgiving Day Parade minggu lepas berbaur nostalgia sebagai epilog kepada filem E.T. the Extra-Terrestrial (1982).
- Iklan yang berjudul “A Holiday Reunion” ini menyatukan kembali pelakon Henry Thomas, yang memainkan watak cilik Elliott dengan kawan makhluk asingnya, E.T. 37-tahun kemudian.
- Filem blokbuster klasik E.T. THE EXTRA-TERRESTRIAL berjaya meraih US$663 juta di pasaran box office sedunia – US$359 juta di pasaran domestik U.S. dan US$304 juta di pasaran antarabangsa.
- Selain daripada itu, filem ini juga berjaya mendapat 9 pencalonan anugerah Oscars serta memenangi 4 anugerah Oscars pada tahun 1983.
- Sejak itu, filem ikonik ini berjaya mengutip sebanyak US$1 bilion melalui pelantar video, TV kabel dan penstriman untuk menjadi filem Hollywood keempat yang terlaris sepanjang zaman (selepas diselaraskan untuk inflasi).
After 37 years, E.T. comes back to visit his friend, Elliott, for the holidays. During his stay, E.T. learns that Elliott now has a family of his own and that technology has completely changed on Earth since his last visit.
Sinopsis ‘A HOLIDAY REUNION’
#SoalanCepumas
Apakah kenangan nostalgia terunggul daripada menonton filem blokbuster ketika zaman kanak-kanak anda?
Bincangkan.