“Do you know why I admire you, Newt? More, perhaps, than any man I know? You don’t seek power or popularity. You simply ask, is the thing right in itself? If it is, then I must do it, no matter the cost.”

— Dumbledore, FANTASTIC BEASTS 2, (2018).

Sekuel FANTASTIC BEASTS 3 telah pun diumumkan secara rasmi dan sesi penggambaran bakal bermula pada awal tahun 2020 nanti. Ini adalah semua fakta yang anda perlu tahu tentang projek FANTASTIC BEASTS 3 setakat ini:

  • Laman Wizarding World mengumumkan secara rasmi bahawa filem FANTASTIC BEASTS 3 kini di dalam fasa pra-produksi.
  • Kesemua watak-watak kesayangan anda daripada francais ini akan kembali untuk sekuel ini, termasuk pelakon Jessica Williams yang akan menjadi fokus kali ini sebagai watak Professor Eulalie ‘Lally’ Hicks.
  • Skrip sekuel ini akan ditulis oleh J.K. Rowling serta Steve Kloves – yang pernah menjayakan adaptasi francais asal HARRY POTTER ke lakon layar.
  • FANTASTIC BEASTS 3 akan menerokai dunia mistik di benua Latin America, khususnya: Rio de Janeiro, Brazil!
  • FANTASTIC BEASTS 3 akan memulakan sesi penggambarannya mulai musim bunga 2020 dan ditayangkan di pawagam pada 12 November 2021.

Kenali Watak-Watak FANTASTIC BEASTS 3

Kesemua watak-watak kesayangan anda daripada kedua-dua filem asal Fantastic Beasts akan pulang untuk filem ini: pelakon Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, Johnny Depp sebagai Gellert Grindelwald, serta Ezra Miller (Credence/Aurelius Dumbledore), Alison Sudol (Queenie Goldstein), Dan Fogler (Jacob Kowalski) dan Katherine Waterston (Tina Goldstein).

Pelakon komedi Jessica Williams, yang ditiriskan untuk sejenak waktu di dalam filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, akan menjadi fokus untuk sekuel kali ini. Untuk pembaca yang tidak arif, Williams memainkan watak Professor Eulalie ‘Lally’ Hicks – seorang guru daripada Ilvermorny School of Witchcraft and Wizardry, sekolah Hogwarts versi Amerika Syarikat.

Steve Kloves Akan Menolong J.K. Rowling

Untuk pembaca yang tidak arif, Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald mendapat pulangan di pasaran box office sedunia yang terendah untuk francais HARRY POTTER setakat ini (US$654 juta). Secara perbandingan, filem Fantastic Beasts and Where to Find Them berjaya meraih US$814 juta pada tahun 2016 dan filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 mengutip US$1.3 bilion pada tahun 2011.

Memandangkan kedua-dua filem terawal francais ini yang ditulis oleh J.K. RowlingFantastic Beasts and Where to Find Them dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald – tidak mendapat kejayaan di pasaran box office sedunia seperti yang dikehendaki oleh Warner Bros; oleh itu kali ini Rowling akan ditemani penulis skrip Steve Kloves, yang telah berjaya mengadaptasikan kesemua buku HARRY POTTER menjadi francais filem sebelum ini.

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk filem FANTASTIC BEASTS 3 nanti dengan pengumuman bahawa J.K. Rowling kini akan ditolong oleh penulis skrip Steve Kloves?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...