“Ask any racer. Any real racer. It don’t matter if you win by an inch or a mile. Winning’s winning.”
— Dom Toretto, THE FAST AND THE FURIOUS, (2001).
Sejarah produksi filem FAST & FURIOUS 9 yang menerokai seluruh dunia daripada kota London dan Edinburgh, ke Georgia, Phuket dan Krabi serta Los Angeles:
- Pengarah Justin Lin berkongsi dengan peminat tegar francais Fast & Furious di laman Twitternya bahawa sesi penggambaran bagi filem #Fast9 telah pun berakhir awal minggu ini.
- Pra-produksi untuk sekuel ini bermula pada awal bulan Mac 2019 di London, United Kingdom dimana penulis Daniel Casey dan seorang penulis perempuan pilihan pelakon Michelle Rodriguez menyiapkan skrip #Fast9.
- Pada awal bulan Jun 2019, John Cena mengumumkan bahawa dia akan menyertai francais Fast & Furious dengan sekuel #Fast9.
- Sesi penggambaran #Fast9 bermula pada lewat bulan Jun 2019 di sekitar kota London, United Kingdom.
- Watak Mia yang dimainkan oleh pelakon Jordana Brewster akan pulang ke francais ini bersama anaknya Brian (hasil perkhawinan dengan watak Brian O’Connor lakonan Paul Walker) di dalam #Fast9 nanti.
- Pada hari ke-14 di set, pelakon baru Anna Sawai (Ninja Assassin, Giri/Haji) diumumkan menyertai barisan pelakon #Fast9 dan francais Fast & Furious.
- Pada hari ke-19 di set penggambaran, barisan pelakon dan krew #Fast9 menyambut harijadi Vin Diesel yang ke-52 dengan menghadiahkan sebuah kereta Dodge Charger (1970) kepadanya.
- Pada minggu ke-10 di set, produksi bertukar lokasi ke Georgia di Eropah dan pelakon Michael Rooker (Guardians of the Galaxy Vol. 1, Slither) menyertai barisan pelakon #Fast9.
- Pada minggu ke-12 di set, lokasi berubah ke kota Edinburgh, Scotland pula di mana penggambaran dilakukan pada bahagian kuno kota tersebut – The Royal Mile!
- Pada minggu ke-16 di set, pelakon John Cena merakamkan babak terakhirnya untuk filem #Fast9.
- Pada minggu ke-20 di set, sesi penggambaran akhirnya pulang ke Los Angeles ke lokasi dimana francais Fast & Furious bermula 18 tahun yang lepas.
Selepas 20 minggu di pelbagai lokasi seluruh dunia, sesi penggambaran #Fast9 berakhir di Los Angeles dan kini memasuki fasa pos-produksi. FAST & FURIOUS 9 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Mei 2020.
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk filem terbaru di dalam francais Fast and Furious – #Fast9 yang bakal terbit pada tahun 2020 nanti?
Bincangkan.