“I saw BADANG! I generally enjoyed it…” Pengarah Joko Anwar, GUNDALA
DIALOG: JOKO ANWAR//BRONT PALARAE
Dengan kata-kata yang mengundang kontroversi di atas yang disulamkan dengan penuh ‘sarcasm’ pengarah tersohor kelahiran Indonesia, Joko Anwar memenangi hati dan minda penonton-penonton yang hadir di simposium ‘LOCAL FLAVOURS, INTERNATIONAL TASTE’ sempena Malaysia International Film Fest (MIFFEST) ketiga yang dihoskan di TGV Cinema, Sunway Velocity semalam.
Untuk seketika waktu – sebelum jentera pemasaran bagi filem ‘jagoan’/adiwira GUNDALA yang bakal disiarkan di pawagam seluruh Indonesia pada 29 Ogos 2019 nanti kembali bergerak – pengarah Joko Anwar (Gundala, Pengabdi Setan, Janji Joni) dan pelakon Bront Palarae (Gundala, One Two Jaga, Fly By Night) meluangkan beberapa jam untuk menjawab persoalan tentang hidup mereka sebagai seorang pengkarya seni di Asia Tenggara dan bagaimana mereka mengharungi industri perfileman di Malaysia serta Indonesia.
Ikuti 15 fakta menarik tentang Joko Anwar dan Bront Palarae daripada simposium ini yang dihoskan oleh pengarah berbakat daripada Malaysia, Woo Ming Jin (KL Zombi, 15Malaysia, The Big Durian):
00:10 Soalan 1 – Bagaimanakah kolaborasi diantara pengarah Joko Anwar dan pelakon Bront Palarae bermula?
03:12 Soalan 2 – Asal-Usul: Pengarah Joko Anwar
06:16 Soalan 3 – Asal-Usul: Pelakon Bront Palarae
09:00 Soalan 4 – Apakah genre yang diminati pelakon Bront Palarae?
09:54 Soalan 5 – Dengan karier mengarah pelbagai genre, bagaimanakah pengarah Joko Anwar memilih projek komersial yang seterusnya?
12:36 Soalan 6 – Sebagai seorang penulis-pengarah yang menulis skripnya sendiri, apakah proses penulisan Joko Anwar?
15:30 Soalan 7 – Apakah visi pelakon Bront Palarae sebagai seorang pengkarya?
17:48 Soalan 8 – Apakah jenis-jenis cerita yang Bront ingin terokai sebagai seorang pengarah nanti?
21:03 Soalan 9 – Bagaimakah proses kreatif Joko sebagai seorang pengkarya?
28:34 Soalan 10 – Bagaimanakah Bront mengadaptasikan dirinya kepada proses “Single Take” Joko?
32:02 Soalan 11 – Adakah Bront Palarae mempunyai ejen untuk projek-projeknya di Indonesia?
33:46 Soalan 12 – Apakah pendapat Joko tentang kepentingan festival filem untuk kejayaan sesebuah filem diluar negara?
38:33 Soalan 13 – Apakah pendapat Bront tentang kejayaan dan budaya ‘trending’ di dalam industri perfileman Malaysia?
40:38 Soalan 14 – Apakah pendapat Joko tentang budaya promosi dan ‘personal branding’ di dalam dunia sosial media sekarang?
46:39 Soalan 15 – Apakah etos Joko Anwar dan Bront Palarae apabila memilih projek untuk dijayakan?
51:09 #SoalanCepumas – Adakah GUNDALA akan membuka langkah kepada sebuah semesta sinematik seperti MCU dan DCEU?
#SoalanCepumas
Apakah yang anda sukai tentang metodologi penulis-pengarah Joko Anwar berkarya? Projek apakah yang anda impikan akan dicabari oleh pelakon Bront Palarae sebagai pengarah untuk kali pertama? Apakah harapan anda untuk semesta sinematik GUNDALA//BUMI LANGIT nanti?
Bincangkan.
#MalaysianInternationalFilmFestival #Symposium #Filmmaking #JokoAnwar #BrontPalarae #FINAS #JazzyPictures #BuzzPopTV