“Who are Rey’s parents?”

— Josh Gad, Instagram, (Jan 2017).

Sejurus sebelum filem STAR WARS: THE LAST SKYWALKER ditayangkan di pawagam seluruh dunia, pelakon Josh Gad (Frozen, Frozen 2) menyoal siasat pelakon Daisy Ridley tentang rahsia disebalik penutup The Skywalker Saga:

  • Untuk percubaan kali keempat ini, Josh Gad memanggil beberapa sahabat handai daripada seluruh pelusuk Hollywood (termasuk bintang-bintang MCU, Star Wars dan Disney+) untuk menyoal siasat Daisy Ridley.
  • Tradisi ini bermula pada penghujung bulan Januari 2017, apabila pelakon Josh Gad dan Daisy Ridley berlakon bersama di dalam filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS. Suatu hari, Gad memuat naikkan video kepada laman Instagramnya dimana dia menyoal siasat Ridley tentang rahsia disebalik filem STAR WARS: THE LAST JEDI.
  • Cubaan kedua Josh Gad adalah seminggu kemudian pada bulan Februari 2017, di sebalik tabir filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS – yang juga tidak membuahkan hasil walaupun Gad lebih kreatif di dalam persoalannya – menggunakan pembaikian skrip ORIENT EXPRESS sebagai alasan utamanya untuk menyoal siasat Daisy!
  • Selepas kegagalan dua kali bersama Ridley, cubaan ketiga Josh Gad adalah pada bulan Disember 2017 (seminggu sebelum filem STAR WARS: THE LAST JEDI terbit di pawagam seluruh dunia) – apabila Gad cuba menyoal siasat pelakon Lupita Nyongo yang berlakon bersamanya di set penggambaran filem zombi LITTLE MONSTERS.
  • Walaupun ini sekadar parodi diantara pelakon Joh Gad dengan para pelakon sampingannya – Daisy Ridley dan Lupita Nyongo – penulis amat terharu dengan Gad yang masih berpikiran bagaikan peminat tegar STAR WARS seperti kita semua – walaupun sudah berjaya di dalam kariernya di Hollywood!

Poster Dan Sinopsis STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

The surviving Resistance faces the First Order once more as Rey, Finn and Poe Dameron’s journey continues. With the power and knowledge of generations behind them, the final battle commences.

Sinopsis Filem STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER kini disiarkan di seluruh Malaysia sejak 19 Disember 2019.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER:

Apakah reaksi anda terhadap STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER, penutup The Skywalker Saga dan tunggak francais filem STAR WARS yang berusia 42 tahun?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...