“Why don’t you pick on someone your own size?”
— Scott Lang, ANT-MAN, (2015).
Sutradara Peyton Reed yang telah mengarah filem ANT-MAN (2015) serta filem ANT-MAN AND THE WASP (2018) bakal kembali sebagai direktor untuk penutup trilogi ini pada Fasa Kelima MCU. Kini, dunia Ant-Man bakal membesar lagi kerana penulis skrip ANT-MAN 3 telah pun dijumpai!
- Jeff Loveness, penulis dan penerbit bagi musim keempat dan kelima siri TV Cartoon Network, RICK AND MORTY telah pun disahkan sebagai penulis skrip untuk filem Marvel Studios, ANT-MAN 3.
- Kontrak Loveness bersama Marvel Studios telah pun dimeterai sebelum penutupan Hollywood oleh kerana wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus), dan Loveness telah memulakan proses penulisan untuk ANT-MAN 3.
- Loveness semememangnya terkenal dengan penulisan komedi – memulakan kariernya di siri TV komedi larut malam JIMMY KIMMEL LIVE! sebelum menulis bagi upacara-upacara ternama di Hollywood seperti OSCARS, EMMYS dan WHITE HOUSE CORRESPONDENTS’ DINNER. Loveness juga menulis bagi siri TV komedi MIRACLE WORKERS yang dibintangi pelakon Daniel Radcliffe.
- Selain daripada itu, Loveness juga berpengalaman menulis pelbagai siri komik bagi Marvel Comics (SPIDER-MAN, GROOT dan NOVA) serta DC Comics (TALES FROM THE DARK MULTIVERSE: DEATH OF SUPERMAN #1 dan MYSTERIES OF LOVE IN SPACE #1).
- Pelakon Paul Rudd bakal kembali sebagai watak Scott Lang/Ant-Man, manakala pelakon Evangeline Lilly sebagai watak Hope Van Dyne/the Wasp untuk penutup trilogi ANT-MAN ini.
#Komen5KupangKu – Pemilihan Jeff Loveness sebagai penulis skrip filem ANT-MAN 3 sememangnya secocok sekali pada pendapat aku, berdasarkan pengalamannya menulis komedi untuk JIMMY KIMMEL LIVE! dan RICK AND MORTY serta semesta Marvel Comics melalui komik GROOT, SPIDER-MAN dan NOVA!
Sekiranya anda ingin mengamati ‘vibe’ komedi Loveness, tonton parodi filem SPIDER-MAN ala-ala filem pengarah Wes Anderson di bawah:
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ANT-MAN, semesta sinematik MCU serta MARVEL COMICS di:
- #TriviaTV – 20 Imej Siri TV Fasa Keempat MCU Di Disney+
- #TriviaFilem – Tahukah Anda Uji Bakat Pertama Pelakon Tom Hiddleston Di MCU Adalah Untuk Watak THOR?!
- #TriviaKomik – Baca 12 Siri Komik Digital PERCUMA Daripada Marvel Comics
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa AVENGERS Dicipta Kerana Kejayaan JUSTICE LEAGUE?
- #TriviaKomik – Kesemua Rahsia HISTORY OF THE MARVEL UNIVERSE Didedahkan Februari 2020
Apakah pendapat anda tentang pengesahan oleh Marvel Studios bahawa penulis komedi Jeff Loveness bakal menyiapkan skrip filem ANT-MAN 3 nanti?
Bincangkan.