“Rich people are naive. No resentments. No creases on them.”
— Ki-taek, PARASITE, (2019).
Pemenang anugerah terunggul Palme d’Or di CANNES 2019 dan anugerah GOLDEN GLOBES 2020 untuk kategori Best Foreign-Language Film hari ini, penulis dan pengarah Bong Joon Ho (The Host, Okja, Snowpiercer) berkongsi dengan laman Indie Wire inspirasi asal disebalik tabir filem PARASITE:
- Rupa-rupanya proses mengadaptasi novel grafik Perancis Le Transperceneige (1982) menjadi filem sci-fi pasca apokaliptik SNOWPIERCER (2013) oleh penulis-pengarah Bong Joon Ho, merupakan inspirasi asal pengkarya Korea ini untuk plot utama filem black comedy thriller terbarunya, PARASITE (2019).
- Pandangan kehidupan di antara dua darjat adalah sebuah formula yang acap kali digunakan di dalam sinema sejak dahula kala lagi, namun pendekatan Bong yang intim kepada topik ini dan pencirian watak yang padu – membuatkan filem PARASITE mempunyai mesej universal yang boleh dihadam oleh penonton di seluruh dunia!
- Sejak world premierenya di Cannes Film Festival pada bulan Mei 2019, ia sudah berjaya meraih US$128 juta di pasaran box office sedunia setakat ini – suatu pencapaian epik bagi filem indie yang bukan berbahasa Inggeris.
- PARASITE juga mencipta rekod sebagai filem berbahasa Korea pertama yang berjaya dicalonkan dan menggondol kedua-dua anugerah Palme d’Or di CANNES 2019 dan Best Foreign-Language Film di GOLDEN GLOBE 2020.
- Setakat ini di dalam sejarah negara Korea Selatan, ia tidak pernah lagi mendapat pencalonan di dalam kategori Best International Feature Film di anugerah Oscars. Adakah pengarah Bong Joon Ho bakal mencipta rekod baru apabila pencalonan Oscars 2020 diumumkan pada 13 Januari 2020 nanti?
Ikuti wawancara penuh laman Indie Wire dengan pengarah Bong Joon Ho tentang prospeknya pada musim anugerah di Hollywood tahun ini di sini.
#SoalanCepumas
Sudahkah anda menonton filem indie PARASITE arahan pengkarya berbakat, Bong Joon Ho? Apakah babak terbaik yang anda paling kagumi daripada filem black comedy thriller ini?
Bincangkan.