#TriviaFilem – Sinopsis THE ETERNALS Dedahkan Anasir Jahat Baru Di MCU

Logo filem ETERNALS daripada Fasa Keempat MCU!

“What about if I told you that you’d lost your memory, but that you’re over half-a-million years old, you have powers you’ve never dreamed of?”

— Ikaris, THE ETERNALS #5, (Nov 1976).

Marvel Studios telah mentularkan sinopsis rasmi bagi ETERNALS, filem keduanya untuk tahun 2020 selepas BLACK WIDOW. Ia mengesahkan kemunculan anasir jahat baru di Semesta Sinematik Marvel (MCU) serta fakta bahawa filem MCU yang ke-25 ini berlatarkan peristiwa selepas filem AVENGERS: ENDGAME (tahun 2024)!

  • Sinopsis ini juga memperkenalkan setiap anggota kumpulan terbaru MCU yang bernama ETERNALS serta premis utama filem ini.

“Marvel Studios’ THE ETERNALS features an exciting new team of Super Heroes in the Marvel Cinematic Universe, ancient aliens who have been living on Earth in secret for thousands of years.

Following the events of AVENGERS: ENDGAME, an unexpected tragedy forces them out of the shadows to reunite against mankind’s most ancient enemy, The Deviants!

The outstanding ensemble cast include Richard Madden as the all-powerful Ikaris, Gemma Chan as humankind-loving Sersi, Kumail Nanjiani as the cosmic-powered Kingo, Lauren Ridloff as the super-fast Makkari, Brian Tyree Henry as the intelligent inventor Phastos, Salma Hayak as the wise and spiritual leader Ajak, Lia McHugh as the eternally young, old-coul Sprite, Don Lee as the powerful Gilgamesh, Barry Keoghan as the aloof longer Druig, and Angelina Jolie as the fierce warrior Thena. Kit Harrington was cast as Dane Whitman.

Directed by Chloe Zhao, who helmed the critically acclaimed Sundance film THE RIDER, and produced by Kevin Feige, THE ETERNALS opens in U.S. theaters on November 6, 2020.”

Sinopsis Filem ETERNALS
Barisan pelakon THE ETERNALS
Temui barisan pelakon serta watak-watak THE ETERNALS!
  • Untuk pembaca yang kurang arif, komik THE ETERNALS #1 (Julai 1976) adalah ciptaan artis legenda Marvel Comics Jack Kirby, walaupun versi yang lebih popular kalangan peminat tegar adalah adaptasi komik terbaru oleh penulis tersohor Neil Gaiman dan artis John Romita Jr (2006).
Sejarah penerbitan THE ETERNALS daripada 1976 sehingga sekarang!
  • Asal-usul The Eternals dan musuh ketat mereka The Deviants diceritakan di dalam halaman komik THE ETERNALS #1 (Julai 1976). Sama seperti halaman komik, makhluk-makhluk Deviants yang dicipta oleh The Celestials, bakal menjadi anasir jahat baru di dalam MCU nanti!
Asal-usul The Eternals dan The Deviants daripada komik THE TERNALS (Julai 1976).
Asal-Usul The Deviants dan The Eternals yang dicipta oleh The Celestials!
  • Bagaimana The Eternals dan The Deviants menyembunyikan diri daripada pemerhatian khalayak ramai selama beribu tahun di Semesta Sinematik Marvel selama ini akan menjadi persoalan utama yang bakal terjawab oleh filem ini nanti!  
  • Filem ke-25 MCU, ETERNALS bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 November 2020.

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ETERNALS, Fasa Keempat MCU dan Marvel Comics di:

#SoalanCepumas

Apakah harapan anda untuk filem ke-25 Semesta Sinematik Marvel, ETERNALS (2020) nanti?

Bincangkan.

7 Shares:
You May Also Like