“I thought what would be the funniest animal to be a martial artist as skilled as Bruce Lee? In hindsight I wish I could say we considered slugs or koala bears, but it really was just Ninja Turtles!”
— Kevin Eastman, Pencipta TMNT, (2012).
Penulis-pelukis Kevin Eastman hanya berumur 21 tahun pada tahun 1983 ketika dia mencipta watak-watak TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES bersama penulis-pelukis Peter Laird di syarikat komik indie, Mirage Studios:
- GLOBAL SUCCESS! – Kejayaan komik indie TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES (TMNT) oleh Mirage Studios pada pertengahan era 1980-an serta kejayaan adaptasinya menjadi siri TV kartun, trilogi filem dan set permainan pada awal era 1990-an menyebabkan pencipta Kevin Eastman dan Peter Laird berjaya menjadi jutawan!
- VICTIMS OF SUCCESS – Namun, kejayaan ini juga menjadi sumber utama perbalahan diantara Kevin Eastman dan Peter Laird tentang hala tuju watak-watak ciptaan mereka yang semakin hari semakin popular – namun semakin jauh daripada inspirasi asal TMNT yang lebih bergenre noir disulamkan dengan elemen ninjitsu serta sindiket jenayah.
- PERPECAHAN KOLABORASI – Kolaborasi di antara artis Kevin Eastman dan Peter Laird berakhir pada tahun 1990, apabila Eastman menjual haknya sebagai pencipta bersama TMNT kepada Laird – untuk memfokuskan kepada majalah HEAVY METAL serta syarikat TUNDRA PUBLISHING yang memulakan trend creator-owned comics di Amerika Syarikat.
- GOODBYE MIRAGE, HELLO TUNDRA – Kepincangan pengurusan Tundra Publishing oleh artis Kevin Eastman yang cuba meraih kejayaan baru sebesar TMNT – dengan berjudi pada kejayaan artis-artis komik indie yang baru seperti Rick Veitch (MAXIMORTAL), Michael Allred (MADMAN ADVENTURES), Scott McCloud (UNDERSTANDING COMICS) dan Dave McKean (CAGES) – akhirnya menyebabkan Eastman kerugian sebanyak US$14 juta!
- THE BOYS ARE BACK IN TOWN! – Namun, menurut penghujung episod TMNT bagi siri TV Netflix THE TOYS THAT MADE US yang disiarkan pada 15 November 2019 artis Kevin Eastman dan Peter Laird telah berbaik semula serta kini berkolaborasi kembali untuk siri komik TMNT yang terbaru daripada IDW yang berjudul TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES: THE LAST RONIN.
#Komen5KupangKu – Memandangkan wabak Covid-19 (Coronavirus) telah menghentikan pengedaran komik terbaru di Amerika Syarikat oleh Diamond Comic Ditributors ke suluruh dunia… nampaknya kolaborasi terbaru Eastman dan Laird ini mungkin diterbitkan pada lewat tahun 2020 ataupun awal 2021…
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES serta Kolaborasi Dunia Komik di:
- #TriviaKomik – Tahukah Anda BATMAN Dan TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Pernah Berganding Bahu?
- #TriviaTV – Tahukah Anda TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Pernah Menjadi POWER RANGERS?
- #TriviaKomik – C2E22020: Komik THE RISE OF ULTRAMAN Bakal Diterbitkan Oleh MARVEL COMICS
- #KOMIKINI | RED SONJA And VAMPIRELLA Meet BETTY And VERONICA, GIANT-MEN, Penamat BATMAN/TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES!
- #KOMIKINI | X-Force Masa Hadapan, Komik Prekuel STRANGER THINGS, Komik Kolaborasi TRANSFORMERS/GHOSTBUSTERS!
Apakah pendapat anda tentang kerugian sebanyak US$14 juta oleh artis Kevin Eastman dengan kegagalan TUNDRA PUBLISHING-nya?
Bincangkan.