“Remember, the Force will be with you always.”
— Obi-Wan Kenobi, STAR WARS, (1977).
Fenomena francais filem STAR WARS telah memberi impak yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi kepada industri perfileman Hollywood serta peminat tegar diseluruh dunia selama 4 dekad ini:
- Bermula daripada visi seorang pengarah legenda, George Lucas pada era 1970-an, francais filem STAR WARS bakal mengakhiri The Skywalker Saga apabila filem STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER ditayangkan di seluruh dunia mulai 20 Disember 2019.
- Menyedari sejarah 42 tahunnya sebagai francais filem Hollywood yang berjaya, pemasaran filem terakhir di dalam saga ini mengingatkan penonton kepada warisan francais ini kepada pelbagai generasi sejak tahun 1977 lagi.
- Kedua-dua featurette yang dikepilkan menonjolkan pelbagai generasi kreatif yang pernah membantingkan tenaga dan kreativiti mereka untuk menghidupkan dunia in a galaxy far, far away ini…
- Selain daripada mengubah bagaimana industri Hollywood membina dan memasarkan filem-filem blokbuster untuk selamanya, George Lucas juga bertanggungjawab membawa inovasi kepada seni efek visual melalui penubuhan syarikat Industrial Light and Magic (ILM),
- #SoalanCepumas – Apakah memori terindah yang anda kecapi sebagai seorang peminat tegar STAR WARS selama 42 tahun ini? Bincangkan.