#TriviaFilem -Tahukah Anda Filem BILL AND TED’S EXCELLENT ADVENTURE Baru Menyambut Ulang Tahun Ke-30nya?

Untuk pembaca yang tidak arif, filem komedi sci-fi BILL AND TED’S EXCELLENT ADVENTURE yang terbit pada 17 Februari 1989 mengisahkan tentang dua orang ‘slackers’ zaman 1990-an – Bill (lakonan Alex Winters) dan Ted (Keanu Reeves) yang menggunakan mesin merentas masa untuk mengumpulkan legenda-legenda daripada keseluruhan sejarah peradaban manusia – bagi mendapat markah ‘A+’ untuk projek Sejarah mereka di sekolah menengah.

Filem ini adalah satu daripada filem awal yang melonjakkan nama pelakon Keanu Reeves di dunia perfileman Hollywood. Kini, 30 tahun kemudian terdapat desas-desus di Hollywood yang tenaga kreatif disebalik filem ini tengah di dalam perancangan untuk memfilemkan sekuel bagi melengkapkan trilogi pada tahun 2020 nanti!

(Sumber: @BillandTed3)

0 Shares:
You May Also Like