“Kalau kita diam sahaja melihat ketidakadilan di hadapan kita… itu tandanya kita bukan manusia lagi!”

— Ayah Sancaka, GUNDALA, (2019).

Dengan kehadiran filem GUNDALA di pawagam Indonesia pada bulan Ogos 2019 dan di pawagam Malaysia pada bulan Disember 2019, maka bermulalah Jagat Sinematik Bumilangit ataupun lebih dikenali sebagai ‘Bumilangit Cinematic Universe’ (BCU) – yang bakal menawarkan adaptasi filem berdasarkan adiwira-adiwira komik Indonesia yang lampau untuk generasi baru daripada tahun 2019-2025 nanti!

Sekiranya anda telah menonton GUNDALA di pawagam, temui 15 watak komik yang menjadi inspirasi disebalik tabir adaptasi filem ini:

  • Pembuka yang memulakan usaha murni BCU ini, adalah filem GUNDALA yang diterajui oleh pelakon Abimana Aryasatya sebagai watak utama Sancaka a.k.a. Gundala. Ciptaan pekomik legenda Hasmi pada tahun 1969, anda boleh mempelajari 5 fakta tentang komik Gundala dengan lebih lanjut di sini.
  • Watak Pengkor yang dimainkan oleh pelakon Bront Palarae merupakan musuh utama Gundala daripada halaman komik – Gundala Cuci Nama (1974). Walaupun pendekatan yang dilakukan oleh Bront dan pengarah Joko Anwar lebih realistik untuk adaptasi ini, namun kegeligaan Pengkor ke arah kejahatan masih terserlah!
  • Pelakon Tara Basro yang memainkan watak Wulan di dalam filem Gundala, adalah jiran serumah dengan Sancaka yang memerlukan pertolongannya untuk membela kehidupan rukun tetangga. Adakah takdir bakal mengubah nasib Wulan menjadi adiwira Merpati di dalam filem-filem BCU yang seterusnya?
  • Watak Ghazul yang dimainkan oleh pelakon Ario Bayu merupakan satu daripada musuh Gundala daripada halaman komik – Gundala Dokumen Candi Hantu (1969). Nantikan kepulangan Ghazul yang licik di dalam filem-filem BCU yang seterusnya!
  • Anak-Anak Bapak merupakan anak-anak yatim yang amat setia kerana dibesarkan di bawah penjagaan penjahat Pengkor dan menjadi orang suruhan bagi menjalankan agenda-agenda Pengkor disebalik tabir. Temui 10 Anak-Anak Bapak yang beraksi di dalam filem Gundala: Kamal Atmaja (Sang Pembisik), Desti Nikita (Sang Pelajar), Swara Batin (Sang Penari), Mutiara Jenar (Sang Peraga), Adi Sulaiman (Sang Pemusik), Cantika (Sang Perawat), Jack Mandagi (Sang Peracik), Kanigara (Sang Pelukis), Tanto Ginanjar (Sang Penempa) dan Sam Buadi (Sang Pemahat).
Lukisan: Artis Is Yuniarto
Lukisan: Artis Is Yuniarto
Lukisan: Artis Is Yuniarto
Lukisan: Artis Is Yuniarto
  • Pelakon veteran Indonesia, Sujiwo Tejo memainkan watak Ki Wilawuk – musuh terkuat Gundala yang bakal menjadi penjahat utama bagi adiwira-adiwira BCU bersatu mengalahkannya. Nantikan kemunculan Ki Wilawuk di dalam filem-filem BCU yang seterusnya!

Komik Adaptasi Rasmi GUNDALA: DESTINY

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang Anak-Anak Bapak yang menjadi pengikut setia Pengkor dengan lebih lanjut, dapatkan komik adaptasi rasmi GUNDALA: DESTINY di pasaran sekarang di kedai-kedai buku Malaysia yang terpilih: MPH, Popular, serta Kinokuniya.

https://twitter.com/MYbumilangit/status/1209760315572813824

Poster dan Sinopsis GUNDALA

“Indonesia’s preeminent comic book superhero and his alter ego Sancaka enters the Bumilangit Cinematic Universe to battle the wicked Pengkor and his diabolical squad of orphan assassins.”

“Sancaka, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia tersambar petir.

Pengkor, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia terbakar api.

Ruang dan waktu memisahkan mereka, namun takdir mempertemukan mereka.”

Sinopsis Filem GUNDALA (2019)

#SoalanCepumas

Filem GUNDALA kini disiarkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 26 Disember 2019. Apakah harapan anda untuk filem sulung ini yang bakal memulakan Semesta Sinematik Bumilangit – dunia perfileman adiwira daripada Indonesia?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...