“You know, my new friend PUNCHLINE… She might just be the funniest gal I’ve ever met in my life. She knows this trick with a rusty saw which always puts the boys in stitches… If they survive. Of course!”
— JOKER, YEAR OF THE VILLAIN: HELL ARISEN #3, (2020).
Kini di panggung wayang sedunia, watak Harley Quinn telah pun meninggalkan Joker untuk menuntut semula kemerdekaannya di dalam filem HARLEY QUINN: BIRDS OF PREY. Namun di halaman DC Comics, nampaknya the Clown Prince of Crime sudah pun menjumpai pengganti untuk menyerikan hatinya – PUNCHLINE!
- Penulis komik BATMAN terkini, James Tynion IV menggemparkan laman media sosial dengan pandang pertama watak PUNCHLINE pada bulan Januari 2020 apabila dia mentularkan previu acah muka depan komik BATMAN #92 (1 April 2020) nukilan pelukis tersohor daripada Indonesia, Yasmine Putri.
- Sejurus selepas itu, penulis BATMAN Tynion IV kemudian mengkongsikan di laman media sosialnya lakaran asal watak PUNCHLINE yang direka bersama dengan pelukis legenda DC Comics, Jorge Jimenez.
- Watak baru bernama PUNCHLINE ini bakal membuat penampilan pertamanya di dalam komik BATMAN #89 (19 Februari 2020) yang ditulis oleh James Tynion IV, dengan penampilan sepenuhnya di dalam komik crossover YEAR OF THE VILLAIN: HELL ARISEN #3 (26 February 2020).
- Menurut Tynion IV: Watak misteri ini akan memainkan peranan penting di dalam hidup Batman dan bakal menjadi satu daripada catur utama Joker di dalam arka cerita terbaru yang berjudul JOKER WAR – pertempuran terakhir di antara the Dark Knight dengan the Clown Prince of Crime (di halaman komik BATMAN #95-100)!
- Selain daripada itu, sebagai sebahagian daripada arka cerita crossover JOKER WAR – PUNCHLINE bakal membuat penampilan kameo untuk bertarung dengan bekas Robin yang sedang menghadapi krisis identiti di dalam halaman komik NIGHTWING #72 (5 Mei 2020) nanti!
“Dick Grayson has learned the truth: that “fixing” his identity lies with none other than Barbara Gordon. He must go to Gotham to find Batgirl—and runs into The Joker’s new henchperson, Punchline. Unlike Harley Quinn, Punchline’s deadpan black humor matches the deadly knives she uses on her victims…and for her next joke, Ric Grayson is the punchline.”
Sinopsis Komik NIGHTWING #72 (5 Mei 2020)
#Komen5KupangKu – Pada pendapat aku, sudah lama DC Comics tidak memperkenalkan watak baru kepada mitos Batman. Penerimaan PUNCHLINE daripada peminat tegar DC teramatlah tinggi sehinggakan komik BATMAN#92 (19 Februari 2020) dan HELL ARISEN #3 (26 Februari 2020) sudah habis terjual di peringkat pengedar Diamond Comic Distributor; dan syarikat DC Comics terpaksa membuat percetakan kedua yang bakal hadir di pasaran pada 4 Mac 2020. BOOM!!!
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik BATMAN di:
- THE BATMAN – Nasihat Bale Kepada Pattinson!
- 7 Fakta Menarik Yang Anda Wajib Tahu Tentang Filem THE BATMAN (2021)!
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Jangkaan Sebenar Superman Terhadap Batman?
- #TriviaKomik – 5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Setem Edisi Terhad Ulangtahun Ke-80 BATMAN!
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Bahawa Batwoman Dicipta Untuk Membuktikan Batman Bukan Gay?
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang watak PUNCHLINE, teman wanita terbaru JOKER yang bakal terbit di halaman komik BATMAN tahun ini?
Bincangkan.