“Someday there is going to be a reckoning and I’ll prove to the world that I’d make a better symbol of America than him…”
— John Walker, U.S. AGENT, (Earth-616).
Laman Twitter digemparkan semalam dengan pandang pertama pelakon Wyatt Russell (Overlord, 22 Jump Street) sebagai watak U.S. Agent daripada set penggambaran siri televisyen (TV) Disney+, THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER. Jom pelajari 5 fakta yang anda wajib tahu tentang asal-usul musuh ketat Captain America ini daripada halaman Marvel Comics!
- Watak U.S. Agent yang lebih dikenali sebagai John Walker mula-mula muncul di dalam halaman komik CAPTAIN AMERICA #323 (Nov 1986) nukilan penulis Mark Gruenwald dan pelukis Paul Neary. Walker membesar mengidolakan abangnya Michael – seorang patriot yang terkorban ketika Perang Vietnam.
- Ini menjadi motivasi utama Walker bagi menjalani eksperimen di bawah penjahat Power Broker untuk mendapatkan kuasa luar biasa dan menjadi adiwira bernama Super-Patriot – yang memperlekehkan Captain America di media awam kerana tidak cukup ideal untuk menjadi simbol perjuangan Amerika Syarikat!
- Pada isu komik CAPTAIN AMERICA #334 apabila Captain America asal (Steve Rogers) mengabaikan identiti adiwiranya kerana penjahat Red Skull telah memanipulasikan Commission on Superhuman Activities, John Walker mengambil alih identiti Captain America – berganding bahu dengan Lemar Hoskins yang menjadi Bucky yang baru.
- Di halaman komik CAPTAIN AMERICA #354 selepas Walker tumpas di tangan Steve Rogers yang mengambil kembali identitinya sebagai Captain America di dalam isu CAPTAIN AMERICA #350, Walker muncul kembali sebagai U.S. Agent – menjadi duri di dalam daging kepada Captain America dan Avengers West Coast.
- Dengan kemunculan pelakon Wyatt Russell sebagai U.S. Agent di set penggambaran siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER, adakah ini bermaksud bahawa anasir John Walker bakal muncul di dalam semesta sinematik Marvel (MCU) kerana dia tidak setuju dengan pemilihan The Falcon sebagai pengganti legasi Captain America?
Adakah ini bermaksud bahawa John Walker bakal berganding bahu dengan Lemar Hoskins (sebagai Bucky yang kemudiannya menukar identiti kepada Battlestar di halaman komik) di kaca TV anda nanti di dalam siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER? Memandangkan U.S. Agent juga pernah terlibat dengan kumpulan anti-hero/ahli penjahat THUNDERBOLTS di dalam halaman Marvel Comics, adakah ini klu awal bahawa mereka bakal membuat kemunculan di dalam Fasa Ke-4 MCU nanti?
Poster Dan Sinopsis THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER
“The Falcon and the Winter Soldier is an upcoming Disney+ television series by Malcolm Spellman, featuring Sam Wilson / Falcon and Bucky Barnes / Winter Soldier set in the Marvel Cinematic Universe (MCU).
Taking place after Avengers: Endgame, it will mainly focus on Falcon and Bucky’s shared adventures whilst facing against their old enemy Baron Zemo.”
Sinops THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER, Fasa Ke-4 MCU dan Marvel Comics di:
- #TriviaTV – Disebalik Tabir THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER
- Parodi Poster Pertama Siri TV Disney+ THE FALCON AND WINTER SOLDIER
- #TriviaTV – Treler Acah DISNEY+ Untuk Tahun 2020
- #TriviaTV – 20 Imej Siri TV Fasa Keempat MCU Di Disney+
- #TriviaKomik – Tahukah Anda Asal-Usul Sebenar CAPTAIN MARVEL?
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk penampilan pertama watak U.S. Agent di dalam MCU melalui siri TV Disney+ THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER nanti?
Bincangkan.