“Now, tell me… do you remember anything?”
— Dr. Emil Harting, BLOODSHOT (2020).
Treler rasmi pertama untuk filem BLOODSHOT tertiris pada hari ini, menonjolkan pandang pertama pelakon Vin Disesel sebagai watak Bloodshot – adiwira pertama untuk semesta sinematik Valiant Comics!
Untuk pembaca yang tidak arif, BLOODSHOT adalah sebuah watak komik daripada semesta Valiant Comics – seorang askar elit yang digabungkan dengan bio-teknologi nanites di dalam darahnya yang memberikannya kuasa super – seperti kekuatan luarbiasa, kebolehan memulihkan dirinya sendiri, kemampuan mengubah bentuk badannya serta berkomunikasi dengan mesin.
Treler Rasmi Dan Antarabangsa Pertama
Treler antarabangsa BLOODSHOT juga ditularkan pada hari yang sama – memaparkan lokasi bandar Kuala Lumpur, Malaysia di dalam cebisan babak tambahan!
Apakah kesinambungan bandar Kuala Lumpur, Malaysia di dalam adaptasi sinematik BLOODSHOT nanti? Adakah Kuala Lumpur merupakan misi terakhir Vin Diesel sebelum kematiannya? Atau adakah Kuala Lumpur merupakan memori implan yang palsu yang digunakan oleh Project Rising Spirit untuk mengawal BLOODSHOT?
Sejarah Siri Komik BLOODSHOT (1992-2017)
Untuk pembaca yang tidak arif, syarikat Valiant Comics adalah satu daripada lima syarikat komik terbesar di Amerika Syarikat – yang juga terdiri daripada DC Comics, Marvel Comics, Image Comics dan Dark Horse Comics.
Watak komik Bloodshot pada asalnya dicipta oleh penulis Kevin VanHook dan pelukis Yvel Guichet pada tahun 1992 di syarikat Valiant Comics – dengan penampilan pertamanya di dalam halaman komik Eternal Warrior #4. Watak ini berjaya memenangi hati dan minda peminat tegar Valiant Comics dan siri komiknya yang tersendiri terbit pada tahun 1993 dengan isu Bloodshot #1 (Volume 1) – nukilan penulis Kevin VanHook yang digandingkan dengan illustrasi oleh artis Don Perlin. Siri komik ini berlangsung selama 52-isu sehingga ia selesai pada tahun 1996.
Pada tahun 1997, syarikat Valiant Comics telah dibeli oleh Acclaim Entertainment yang me-reboot semula semesta komik Valiant Universe. Reboot ini memperkenalkan watak Bloodshot yang baru di dalam halaman komik Bloodshot #1 (Volume 2), nukilan penulis Len Kaminski dan pelukis Sal Velluto. Siri komik ini tidak berjaya mendapat perhatian pembaca komik umum dan berakhir hanya selepas 16-isu pada tahun 1998. Acclaim akhirnya mengalami kemuflisfan pada tahun 2004, dan hak milik watak Bloodshot dibeli kembali oleh syarikat Valiant Entertainment pada tahun 2005.
Selepas tidak diterbitkan lselama 7 tahun berturut-turut, semesta komik Valiant Universe di-reboot kembali pada tahun 2012 dengan jilid-jilid komik terbaru oleh syarikat Valiant Entertainment. Reboot kali ketiga menonjolkan versi terbaru BLOODSHOT dengan isu komik Bloodshot #1 (Volume 3), ditulis oleh Duane Swierczynski yang menampilkan seni pelukis Arturo Lozzi dan Manuel Garcia. Versi ini yang memaparkan watak Ray Garrison sebagai Bloodshot, adalah versi yang telah diadaptasikan oleh Vin Diesel menjadi filem adiwira tahun depan!
Sejurus selepas crossover komik Harbinger Wars pada tahun 2013, Bloodshot digandingkan dengan kumpulan H.A.R.D. Corps menerusi komik Bloodshot and H.A.R.D. Corps #14 yang meneruskan nombor bersiri komik Bloodshot Volume 3. Siri komik ini berakhir pada tahun 2014 selepas 27-isu.
Penulis Jeff Lemire menghidupkan kembali watak Bloodshot melalui siri komik Bloodshot Reborn #1 pada tahun 2015. Siri ini bertahan selama 18-isu sebelum ia berakhir pada tahun 2016. Lemire menyambungkan saga Bloodshot melalui siri mini berjudul Bloodshot U.S.A. #1 yang berakhir pada tahun 2017.
Adaptasi Filem Bakal Diterbitkan Februari 2020!
“Seorang askar Marin, Ray Garrison, mendapati dirinya kini mempunyai kuasa luar biasa apabila dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia – selepas dia dan isterinya terbunuh.
Disulam dengan teknologi canggih nanoteknologi, Garrison kini menjadi mesin pembunuh biotek yang diberi nama samaran BLOODSHOT.
Walaubagaimanapun, Garrison mendapati suatu konspirasi gelap disebalik kepulangannya ke dunia ini…”
Sinopsis Filem BLOODSHOT
#SoalanCepumas
Semesta Sinematik Valiant Comics bermula pada 20 Februari 2020 dengan pelakon tersohor Vin Diesel menyandang watak adiwira BLOODSHOT!
Sekiranya filem BLOODSHOT berjaya di pasaran box office sedunia, siapakah watak daripada semesta komik Valiant Universe yang anda tidak boleh nanti-nantikan untuk diadaptasikan ke panggung layar?
Harbingers? XO Manowar? Shadowman? Rai? Unity? Ninjak? Archer & Armstrong?
Bincangkan.