“You are an infection inside Central City! And I am the antibody inside of it that will remove you!”
— Bloodwork, THE FLASH Vol 5 #30 (Nov 2017).
Seperti yang dipaparkan di dalam episod pembuka untuk musim keenam THE FLASH semalam (THE FLASH S06E01 – “Into The Void”), satu daripada musuh utama untuk musim ini adalah Dr. Ramsey Rosso a.k.a. Bloodwork yang dimainkan oleh pelakon Sendhil Ramamurthy (Heroes, Heroes Reborn).
Bloodwork: Musum Utama Musim Keenam THE FLASH
Untuk pembaca yang tidak arif, Dr. Ramsey Rosso adalah seorang doktor pakar onkologi hematologi yang juga merupakan rakan sekerja Caitlin Snow/Killer Frost (Danielle Panabaker) daripada masa lampau. Selepas kehilangan ibunya kepada penyakit kanser, Rosso yang merupakan seorang genius telah menjumpai penawar kepada penyakit kanser yang membunuh ibunya.
Tetapi untuk membuat penawar tersebut di dalam kuantiti besar yang cukup komersil, Rosso memerlukan pertolongan Snow bagi menggabungkan dark matter kepunyaan STAR Labs dengan sel darah (hemoglobin) yang diselidikinya. Apabila Snow menolak tawaran untuk menolong Rosso, dia nekad dan mencuba eksperimennya keatas dirinya sendiri dengan menyuntik sampel tersebut kedalam dirinya. Ia menyebabkan mutasi kepada Rosso yang tidak dijangkakan. Enter: Bloodwork!
Asal-Usul BLOODWORK Daripada Komik THE FLASH
Di dalam dunia komik THE FLASH, Bloodwork adalah musuh baru yang membuat kemunculan pertamanya di dalam isu The Flash #30 (November 2017). Ciptaan penulis Joshua Williamson dan pelukis Christian Duce, persamaan utama di antara versi Rosso di dalam komik dan adaptasi kaca TVnya adalah – dia membuat eksperimen menyuntik dirinya dengan darah pelbagai meta untuk mendapat kuasanya.
Kuasa BLOODWORK Daripada Komik THE FLASH
1. Haemo-Fisiologi
Selepas melakukan eksperimen keatas darahnya, Bloodwork boleh mengubah kulit luarannya menjadi darah likat. Keseluruhan fisiologi badannya boleh ditransformasikan menjadi gergasi berdasarkan bilangan sel darah yang dipam oleh hatinya.
2. Haemo-Kinesis
Bloodwork juga memperolehi kuasa keatas darah yang dimiliki oleh manusia lain. Dia berkebolehan untuk mengawal darah sasarannya – sama ada membeku atau membakar darah tersebut seperti yang dilakukan kepada Flash di dalam isu The Flash #30.
3. Kekebalan
Di dalam isu The Flash #30 juga, Bloodwork menonjolkan kekebalannya apabila The Flash menembak Dr. Ramsey Rosso dengan kuasa kilatnya. Badan Ramsey melayang keluar daripada bangunan, namun dirinya tidak tercedera.
4. Penjanaan Darah
Bloodwork mempunyai kebolehan untuk menjana darah baru di dalam dirinya. Bila digabungkan dengan kuasa haemo-fisiologinya, dia boleh mengubah dirinya menjadi gergasi.
5. Peranan BLOODWORK Dalam THE FLASH Musim Keenam
“The other villains (in the past 5 seasons) played by the rules a lot of times. There’s a unique relationship between Doctor Rosso and Barry – they’re both facing something horrible as Crisis on Infinite Earths approaches, and that is what is going to make the relationship between our villain this season and our hero very different than what we’ve seen in the past.”
— Eric Wallace, Penyelia Musim Keenam THE FLASH.
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk musim keenam THE FLASH tahun ini yang telah melalui kesenduan selama tiga musim beruturut-turut – dengan musuh utama yang terlalu mirip dengan kuasa The Flash?
Adakah kemunculan BLOODWORK yang mempunyai kuasa tidak berasaskan ‘kelajuan’ akan membawa sesuatu yang lain daripada lima musim sebelum ini?
Bincangkan.