“For the first time in our 50-year history, we are happy to welcome virtually anyone from around the globe. Though stay-at-home conditions makes this a very difficult time, we see this as an opportunity to spread some joy and strengthen our sense of community.”
— David Glanzer, COMIC-CON INTERNATIONAL, (2020).
Konvensyen Pop Culture tahunan yang legenda, San Diego Comic-Con bakal disiarkan di atas talian secara PERCUMA ke seluruh dunia mulai 22-26 Julai 2020 melalui acara versi maya yang dinamakan Comic-Con@Home!
- VIRTUAL EXHIBIT HALL – Menurut pihak Comic-Con International, strim Comic-Con@Home akan menonjolkan sebuah Exhibit Hall versi maya yang bakal memaparkan pelbagai peserta pameran menawarkan promosi istimewa dan produk unik edisi terhad eksklusif untuk upacara tahunan ini!
- VIRTUAL PANELS – Selain daripada itu, panel-panel versi maya daripada pihak penerbit industri komik dan permainan video serta studio-studio Hollywood untuk siri TV dan filem dijangkakan akan mengambil kesempatan ini untuk memfokuskan kepada pemasaran produk-produk adiwira yang tertunggak oleh wabak pandemik Covid-19 kepada lewat tahun 2020 dan 2021.
- SPECULATION – Ini adalah beberapa spekulasi kami untuk panel-panel eksklusif yang boleh diharapkan ketika acara Comic-Con@Home nanti:
- Disney/Marvel Studios akan menggunakan peluang ini untuk memaparkan siri-siri TV Disney+ yang bakal disiarkan lewat tahun ini – The Falcon and the Winter Soldier, WandaVision, Loki – serta pandang pertama untuk filem Eternals!
- Warner Bros/DC Films akan memaparkan pandang pertama disebalik tabir produksi filem-filem 2020-2021nya seperti Patty Jenkins’ Wonder Woman 1984, James Gunn’s The Suicide Squad, Matt Reeves’ The Batman dan Jaume Collet-Sera’s Black Adam.
- Sony Pictures/Sony Pictures Universe of Marvel Characters akan memaparkan pandang pertama disebalik tabir produksi filem 2020-2021nya seperti Daniel Espinosa’s Morbius, Andy Serkis’ Venom: Let There Be Carnage dan Joaquim Dos Santos’ Spider-Man: Into the Spider-Verse 2.
- UIP akan menggunakan peluang ini untuk memaparkan pandang pertama disebalik tabir produksi filem 2020-2021nya seperti Fast and Furious 9, Jurassic World: Dominion, Top Gun: Maverick, Mission: Impossible 7 dan Snake Eyes: G.I. Joe Origins.
- Fox akan menggunakan peluang ini untuk memaparkan pandang pertama disebalik tabir produksi filem 2020-2021nya seperti The King’s Man, Free Guy, dan Avatar 2.
- DC Comics akan mendedahkan pelannya bagi tahun 2020-2021 selepas acara crossover Dark Nights: Death Metal berakhir, sebagai ganti kepada projek 5G (Generation 5) oleh Dan Didio yang dipecat pada awal tahun ini.
- Marvel Comics akan mendedahkan pelannya bagi tahun 2020-2021 selepas acara crossover Empyre, Outlawed dan X of Swords berakhir.
- VIRTUAL MASQUERADE – Acara Comic-Con@Home juga akan menghoskan pertandingan Cosplay Masquerade versi maya, pertandingan gaming, dan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh peminat tegar SDCC daripada rumah. Peserta juga boleh mencetak lencana eksklusif yang boleh dipakai ketika menonton acara strim 5-hari ini.
- MORE DETAILS SOON – Setakat ini, butiran penuh bagaimana konten ini akan distrim melalui pelantar Twitch, FB Live, YouTube Live ataupun Twitter masih belum diumumkan. Pihak Comic-Con International akan membuat pengumuman lanjut menjelang tarikh 22-26 Julai 2020.
- TOUCAN – Peminat-peminat digalakkan untuk memeriksa Toucan, laman blog rasmi untuk San Diego Comic-Con 2020, laman Comic-Con International dan laman media sosial SDCC pada minggu-minggu akan datang. Peserta juga digalakkan untuk menggunakan hashtag #ComicConAtHome apabila berinteraksi dengan aktiviti-aktiviti maya ini!
#Komen5KupangKu – Selepas bertahun-tahun mengikuti berita-berita terbaru tentang industri komik, TV, filem dan permainan daripada SDCC hanya melalui ciapan Twitter serta video YouTube yang tertangguh… aku teruja untuk menonton panel-panel eksklusif SDCC versi maya dalam ‘real time’ dengan peminat-peminat Pop Culture di seluruh dunia.
Harapan aku, selepas tahun ini adalah pihak penganjur Comic-Con International akan terus membuatkan panel eklsklusif versi maya sebagai pilihan utama untuk liputan langsung masa hadapan!
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik San Diego Comic-Con di:
- SAN DIEGO COMIC-CON 2020 Mangsa Terbaru Coronavirus
- #TriviaKomik – SAN DIEGO COMIC-CON Mungkin Dibatalkan Kerana Coronavirus
- #TriviaKomik – WONDERCON 2020 Ditangguhkan, SAN DIEGO COMIC-CON 2020 Mungkin Ditangguh Juga
- #TriviaKomik – Usaha Jim Lee Menyelamatkan Kedai Komik Di Amerika Syarikat Dengan COMICBOOK UNITED FUND
- Jadual Tarikh Terbit Terbaru Bagi Kesemua Filem Hollywood Yang Terkesan Oleh Coronavirus (2020-2027)
Apakah harapan anda untuk konvensyen percuma Comic-Con@Home pada 22-26 Julai 2020 nanti?
Bincangkan.