“Worlds lived, worlds died. Nothing will ever be the same.”
— Psycho-Pirate, CRISIS ON INFINITE EARTHS, (Mac 1986).
Anda telah menonton siri televisyen crossover The CW, CRISIS ON INFINITE EARTHS yang menggabungkan kesemua siri televisyen Arrowverse di saluran CW – Arrow, The Flash, Supergirl, Batwoman, Legends of Tomorrow dan Black Lightning. Kini selami sejarah asal komik Crisis On Infinite Earths daripada tahun 1985:
- Untuk pembaca yang tidak arif, komik 12-isu Crisis On Infinite Earths pada tahun 1985 adalah acara crossover pertama di dalam sejarah industri komik Amerika Syarikat.
- Ia merupakan karya teragung oleh penulis tersohor Marv Wolfman dan artis legenda George Perez.
- Motif utama Crisis adalah untuk ‘mereboot’ dunia DC Comics yang caca marba – penuh dengan fakta-fakta yang berterabur dan bertentangan selepas diterbitkan selama 50 tahun .
- Selepas Crisis, dunia DC Comics diselaraskan daripada pelbagai multiverse menjadi satu dunia sahaja – dimana hanya beberapa komik diterbitkan semula bermula dengan #1 pada tahun 1986.
- Terima kasih diatas kejayaan Crisis, komik crossover keseluruhan syarikat menjadi popular di Marvel dan DC Comics seperti – Infinity Gauntlet, Identity Crisis, Civil War, Secret Invasion dan Doomsday Clock.
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Crisis On Infinite Earths:
- #TriviaTV – 20 Imej Daripada CRISIS ON INFINITE EARTHS!
- #TriviaTV – 10 Fakta Menarik Tentang CRISIS ON INFINITE EARTHS!
- Crossover Terakhir ARROWVERSE Melibatkan Lima Siri TV The CW!
#SoalanCepumas
Apakah peristiwa daripada komik crossover Crisis on Infinite Earths yang diadaptasikan kepada siri crossover televisyen di The CW yang anda minati?
Bincangkan.