“Harapan bagi rakyat itu candu. Dan candu itu bahaya!”

— Pengkor, GUNDALA, (2019).

Sempena filem GUNDALA yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia minggu ini, pelajari 5 fakta tentang sejarah penerbitan komik Gundala di Indonesia selama ini:

Asal-Usul Komik GUNDALA Di Indonesia

  • Komik pertama GUNDALA: PUTERA PETIR berasal daripada tahun 1969 nukilan pekomik legenda Indonesia, arwah Harya ‘Hasmi’ Suraminata. Hasmi telah mencipta 23 judul komik Gundala daripada tahun 1969 sehingga 1982.
https://twitter.com/MYbumilangit/status/1204264825120931842?s=19
  • Sekali imbas berdasarkan kostumnya, tidak mustahil sekiranya pembaca yang tidak arif meneka bahawa inspirasi asal watak Gundala adalah superhero DC Comics, The Flash. Ataupun berdasarkan kuasanya memanipulasi kilat, ada juga pembaca yang mungkin berfikir bahawa Gundala berdasarkan superhero Marvel Comics, Thor.
  • Namun, inspirasi sebenar bagi watak Gundala adalah seorang tokoh legenda Indonesia daripada daerah Jawa Tengah bernama Ki Ageng Selo – yang dikatakan boleh menangkap petir menggunakan kesaktiannya. Nama ‘Gundala’ sendiri berasal dari kata kuno ‘Gundolo’ yang bermaksud petir.

Komik GUNDALA: 2019 Ke Hadapan!

  • Pada pertengahan 2019, komik GUNDALA: SON OF LIGHTNING dilancarkan menerusi Line Webtoon, sebuah pelantar global untuk komik digital – nukilan pekomik veteran Is Yuniarto (pengurus am syarikat BumiLangit Komik) yang berkolaboras bersama artis berbakat Sweta Kartika. Anda boleh membaca komik 12-bahagian itu disini.
  • Sempena pelancaran filem GUNDALA di pawagam seluruh Malaysia hari ini, anda juga boleh memperolehi komik GUNDALA: DESTINY – komik adaptasi filem Gundala yang rasmi di dalam bahasa Inggeris di kedai buku MPH yang terpilih di Malaysia. Adaptasi ini ditulis oleh pekomik Oyasujiwo berdasarkan idea asal Hasmi, dan dilukis oleh artis Ardian Syaf, Doni Cahyono dan Ecky.
https://twitter.com/MYbumilangit/status/1209760315572813824?s=19

Poster dan Sinopsis GUNDALA

“Indonesia’s preeminent comic book superhero and his alter ego Sancaka enters the Bumilangit Cinematic Universe to battle the wicked Pengkor and his diabolical squad of orphan assassins.”

“Sancaka, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia tersambar petir.

Pengkor, seorang anak yatim. Ayahnya tewas dalam sebuah kerusuhan. Ia terbakar api.

Ruang dan waktu memisahkan mereka, namun takdir mempertemukan mereka.”

Sinopsis Filem GUNDALA (2019)

#SoalanCepumas

Filem GUNDALA kini disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 Disember 2019. Apakah harapan anda untuk filem sulung ini yang bakal memulakan Semesta Sinematik Bumilangit – dunia perfileman adiwira daripada Indonesia?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...