“Please, “Mr. Stark” was my father. Call me Arno.”
— Arno Stark, IRON MAN 2020 #1, (2020).
Dengan kematian Tony Stark di penghujung komik crossover CIVIL WAR II, anak sebenar Howard dan Maria Stark – Arno Stark – kini muncul untuk menyelamatkan umat manusia daripada gejala A.I. dan Robot Revolution!
- Komik siri mini 6-isu ini nukilan penulis tersohor Dan Slott (Spider-Verse, Fantastic Four) dan Christos N. Gage bersama pelukis komik Pete Woods.
- Untuk pembaca yang tidak arif, Arno Stark adalah anak sebenar Howard dan Maria Stark (yang disembunyikan selama ini daripada anasir jahat Rigellian Recorder 451), manakala Tony Stark adalah anak angkat mereka.
- Selepas kematian Tony Stark di penghujung CIVIL WAR II, Arno Stark tampil untuk mengambil alih pengurusan syarikat Stark Unlimited bersama rakan kongsinya, Sunset Bain (Baintronics Inc).
- The Extinction Entity semakin mendekati bumi, membawa bersamanya Robot Revolution kepada kesemua gajet A.I. di bumi – sekiranya Arno Stark tidak berjaya menumpaskannya!
- Isu pertama IRON MAN 2020 #1 kini boleh dibeli daripada kedai komik The Last Comic Shop ataupun Kinokuniya di Malaysia.
Previu 5-Muka Surat Komik IRON MAN 2020 #1
#SoalanCepumas
Apakah harapan anda untuk penampilan baru Arno Stark ini di dalam komik IRON MAN 2020 #1 oleh Dan Slott, Christos N. Gage dan Pete Woods?
Bincangkan.