If this pandemic has taught us anything it’s how precious and fragile the things that bring us happiness are, so we must protect the lifeblood of our industry. Oni-Lion Forge saw the need for this type of relief before there was a crisis, which is why DC is proud to now stand alongside them in this time of need for our retailers!”

— Jim Lee, COMICBOOK UNITED FUND, (2020).

Artis komik legenda Jim Lee telah memulakan cabaran lockdown-nya tersendiri untuk menjanakan duit bagi menolong kedai-kedai komik di Amerika Syarikat yang terkesan dari segi kewangan oleh wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus). Lee, yang kini memegang jawatan Chief Creative Officer di DC Comics, membuat keputusan untuk melukis satu lakaran sehari untuk 60 hari – dan melelongkannya di laman eBay!

  • Lakaran-lakaran Lee menonjolkan watak-watak popular daripada dunia komik seperti Batman, Joker, The Incredible Hulk dan Spider-Man, yang telah dilelong di eBay – dengan setiap pemenang lelong diberi peluang untuk memeilih subjek bagi lakaran yang seterusnya.
  • Kutipan daripada setiap hasil lelongan didermakan kepada Comicbook United Fund – sebuah tabung yang ditubuhkan oleh Book Industry Charitable Foundation (Binc) untuk menolong kedai-kedai komik di Amerika Syarikat yang mengalami masalah kewangan kerana wabak pandemik Covid-19. Tabung ini juga disokong oleh dermaan daripada DC Comics (US$250,000) dan Oni-Lion Forge Publishing Group (US$100,000) untuk memberi pertolongan kewangan kepada kedai-kedai komik Amerika Syarikat serta kakitangan mereka. 
  • Sejak memulakan projek ini 25 hari lalu, Jim Lee telah berjaya menarik perhatian serta mendapat sokongan dan penyertaan daripada pelbagai artis-artis komik Amerika Syarikat – sebanyak 15 orang – seperti Bryan Hitch, Tony Daniel, Art Adams dan J. Scott Campbell.
  • Peminat tegar komik sedunia telah memberi reaksi positif kepada usahasama Jim Lee setakat ini, kebanyakannya bersemangat terhadap karya seni dan misi Comicbook United Fund – walaupun ada segelintir di Twitter yang mengkritik bahawa ini sekadar pil yang kecil untuk penyakit yang lebih serius dialami industri komik Amerika Syarikat.
  • Sekiranya anda berminat untuk menderma, anda boleh mencari lebih banyak lelongan karya seni menggunakan hashtag #Creators4Comics di Twitter, dimana pelbagai pakar industri komik telah berkerjasama – untuk mengutip derma bagi kedai-kedai komik yang telah menolong menjual hasil kerja artis-artis ini setiap minggu di seluruh dunia selama ini.

#Komen5KupangKu – Aku teruja dengan projek Jim Lee ini kerana ia adalah sebuah peringatan bahawa media cetak masih penting di dalam dunia penuh digital masa kini – dan bagaimana pengusaha bisnes kecil seperti kedai-kedai komik di seluruh dunia masih penting untuk menghidupkan hobi ini!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan wabak pandemik Coronavirus serta kesannya kepada industri komik Amerika Syarikat di:

Apakah pendapat anda tentang usaha Jim Lee untuk menyelamatkan kedai-kedai komik di Amerika Syarikat melalui ComicBook United Fund?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...