“Have you ever danced with the devil in the pale moonlight?”

— Joker, BATMAN, (1989).

80 tahun dahulu pada 25 April 1940 watak THE JOKER dan CATWOMAN – ciptaan penulis Bill Finger dan pelukis Bob Kane serta Jerry Robinson – membuat kemunculan pertama mereka di halaman komik BATMAN #1 (Spring 1940) yang diterbitkan oleh DC Comics di Amerika Syarikat:

  • SEPATUTNYA MATI! – Di dalam kemunculan pertamanya, Joker membunuh beberapa tokoh ternama Gotham City ketika sebuah kes pencurian permata – meninggalkan mangsa-mangsanya mati kejung dengan senyuman trademark-nya. Di penghujung komik BATMAN #1, Batman dan Robin berjaya menangkap Joker dan meninggalkannya di dalam jagaan Gotham PD. Watak Joker sepatutnya membunuh dirinya namun editor DC Comics, Whitney Ellsworth campur tangan dan berkeras bahawa watak tersebut tidak dibunuh – mengubah sejarah komik selama-lamanya!
  • POPULAR – Sejak kemunculan pertamanya, watak Joker telah menjadi tunggak utama di dalam Rogues Gallery Batman – diadaptasikan berkali-kali di dalam pelbagai medium daripada komik, kepada filem dan siri TV, serta kartun dan permainan video – menyebabkan kegagalan The Dark Knight pelbagai kali selama 80 tahun ini. Namun, identiti sebenar the Joker masih menjadi misteri besar yang belum didedahkan sehingga kini…
  • “PAPA SPANK!” – Daripada komik BATMAN #1 (1940) lagi Catwoman dan Batman telah mempunyai hubungan antagonistik – sebagai seorang pencuri dan pakar penyamaran yang ditangkap Batman, tetapi berjaya melarikan diri akhirnya. Namun, selama 80 tahun ini watak Catwoman melalui evolusi daripada lawan menjadi kawan intim kepada Bruce Wayne.
  • FEMME FATALE – Selain daripada Joker, Selina Kyle a.k.a. Catwoman juga menjadi satu daripada watak utama di dalam Rogues Gallery Batman – yang diadaptasikan berkali-kali di dalam pelbagai medium daripada komik, kepada filem dan siri TV, serta kartun dan permainan video – serta elemen romantik bagi The Dark Knight pelbagai kali selama 80 tahun ini.
  • 80TH ANNIVERSARY – Selamat ulangtahun yang ke-80 diucapkan kepada watak JOKER dan CATWOMAN! Semoga adaptasi-adaptasi mereka terus memberi tentangan hebat kepada BATMAN untuk selama-lamanya!

#Komen5KupangKu – Aku berminat untuk melihat adaptasi terbaru CATWOMAN lakonan Zoe Kravitz di dalam filem THE BATMAN (2021) oleh penulis-pengarah Matt Reeves nanti! Sekiranya filem ini berjaya meraih kutipan besar di box office sedunia, adakah kita semua bakal menonton adaptasi watak Joker oleh Matt Reeves pula?

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik BATMAN, syarikat DC COMICS, serta studio WARNER BROS di:

Apakah versi adapatasi THE JOKER dan CATWOMAN yang anda paling minati selama 80 tahun ini?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...