“I’ll light the spark, you fan the flame.”
— Oliver Queen, CRISIS ON INFINITE EARTHS, (2020).
Siri televisyen (TV) 5-episod CRISIS ON INFINITE EARTHS di saluran The CW sememangnya penuh dengan kameo-kameo yang menarik, namun kameo di dalam episod “Part 5” lebih istimewa daripada yang lain. Di dalam episod tersebut, penulis legenda komik Marv Wolfman yang menulis komik asal Crisis On Infinite Earths di DC Comics pada tahun 1985-1986, membuat penampilan istimewa:
- Di dalam episod CRISIS ON INFINITE EARTHS “Part 5”, adiwira 7 Paragons Arrowverse dihidupkan kembali di Earth-Prime selepas mengalahkan penjahat Anti-Monitor di dalam episod yang lepas.
- Satu babak di dalam dunia baru yang didiami adiwira 7 Paragons ini, adalah pertemuan pertama Supergirl dan The Flash yang sedang kekeliruan dengan pertukaran di dalam dunia baru ini – bertembung di tepi pantai.
- Di dalam babak tersebut, Marv Wolfman membuat kameo dengan kata-kata: “Supergirl? Flash? I just love it when you guys team up! Would you sign this for me please?”.
- Supergirl yang kekeliruan kerana dunianya sebelum ini berlainan dengan The Flash bertanya sejak bila mereka ‘team-up’ di khalayak ramai: “Well, normally, you’d also have Green Arrow and a Legend or two. Last year, even Batwoman joined in! Would you make that out to Marv? Thank you!”
- Babak dengan kameo Marv Wolfman ini penting untuk peminat tegar Arrowverse kerana ia menonjolkan bahawa kesan utama terciptanya alam semesta baru ini adalah kesemua adiwira Arrowverse kini wujud di dalam bumi yang sama – Earth-Prime!
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang siri TV CRISIS ON INFINITE EARTHS yang baru berakhir?
Bincangkan.