“Whosoever holds this hammer, if he be worthy, shall possess the power of Thor.”
— Komik Journey into Mystery #83, (Aug 1962).
Menurut isu komik THOR: THE WORTHY #1 yang terbit pada Disember 2019, Superman dan Wonder Woman juga layak untuk mengangkat dan menggunakan tukul sakti Mjolnir!
- Cerita Rule for Reflection daripada komik Thor: The Worthy #1 oleh penulis Kathryn Immonen dan pelukis Tom Reilly, memaparkan Thor (Jane Foster) membanteras sepasang trolls daripada mencuri The Mirror of Finvarra.
- Cermin ini boleh menunjuk refleksi realiti yang wujud di pelbagai multiverse. Untuk menggagalkan pelan trolls itu, Thor memecahkan cermin tersebut dengan Mjolnir.
- Apabila cermin itu hancur berkecai, ia memantulkan refleksi pelbagai Thor yang pernah memegang Mjolnir – termasuk Superman dan Wonder Woman!
- Di dalam komik crossover DC versus Marvel (April 1996) oleh penulis Ron Marz dan Peter David serta artis Dan Jurgens dan Claudio Castellini, Wonder Woman menggunakan Mjolnir ketika melawan Storm.
- Kemudian di dalam komik crossover JLA/Avengers (Sept 2003) oleh penulis tersohor Kurt Busiek dan artis legenda George Perez, Superman menggunakan tukul Mjolnir dan perisai Captain America.
Dengan penerbitan komik THOR: THE WORTHY #1 minggu lepas, kedua-dua crossover yang memaparkan Superman dan Wonder Woman memegang Mjolnir kini menjadi sejarah rasmi Thor di Marvel Comics selamanya.
#SoalanCepumas
Siapakah pemegang tukul Mjolnir daripada sejarah Thor di Marvel Comics yang anda paling minati?
Bincangkan.