#TriviaKomik – NFL SUPERPRO, Hero Marvel Comics Paling Poyo!

NFL Super Pro

“What did I do to deserve this?”

— Phil Grayfield, NFL SUPERPRO #1, (Oct 1991).

Sempena acara Super Bowl Sunday hari ini, jom menerokai sejarah penerbitan Marvel Comics untuk mempelajari tentang watak Marvel paling teruk daripada zaman 1990-an yang bertemakan sukan ‘American Football’NFL SUPERPRO!

  • NFL SUPERPRO adalah adiwira zaman 1990-an yang tercetus daripada perjanjian perlesenan di antara Marvel Comics dengan National Football League (NFL) – satu pengajaran bagaimana untuk TIDAK mencipta sebuah francais komik berdasarkan produk yang dilesenkan.
Siri komik NFL SUPERPRO daripada zaman 1990-an.
  • Pada tahun 1991, editor dan penulis Marvel Comics Fabian Nicieza (X-Men, Deadpool, Thunderbolts), ditugaskan untuk mencipta watak berdasarkan sukan ‘American Football’ oleh NFL. Nicieza menulis 4-isu pertama NFL SUPERPRO sebelum siri komik ini diberhentikan pada isu ke-12nya pada tahun 1992.
Penulis komik Marvel Comics, Fabian Nicieza.

“The editor responsible for the project, Bob Budiansky, came to me and asked for some help. They were having a hard time developing the SuperPro character to the satisfaction of the NFL and wanted a more acclaimed writer on the project.”

Fabian Nicieza, VICE.com, (2016)
  • NFL SUPERPRO mengisahkan Phil Grayfield, seorang bekas atlet NFL yang bersara selepas kemalangan dan menukar kariernya menjadi seorang wartawan untuk rancangan Sports Inside. Pada tugasan pertamanya — sebuah wawancara dengan Rudy Custer, seorang pengumpul memoribilia sukan — diganggu oleh sekumpulan perompak yang mengikat Grayfield dan meninggalkannya untuk mati dibakar hidup-hidup.
Asal-usul adiwira NFL SuperPro yang poyo AF!
  • Kerana ini adalah dunia komik yang sememangnya tidak berpijak di bumi nyata, gulungan filem yang digunakan untuk mengikat Grayfield mempunyai tindak balas kimia dengan kebakaran tersebut yang memberikannya kekuatan, kelajuan, dan ketahanan luar biasa!
Asal-usul adiwira NFL SuperPro yang poyo AF!
  • Siri komik 12-isu ini tidak mempunyai impak keada dunia Marvel Comics dan masih diingati sebagai watak Marvel yang paling teruk sehingga kini. Mungkinkah NFP SUPERPRO di adaptasikan ke semesta sinematik MCU suatu hari nanti? 😅
Sejarah Penerbitan NFL SUPERPRO!

#Komen5KupangKu -Aku masih teringat melihat komik-komik NFL SUPERPRO di dalam kotak komik diskaun pada zaman 1990-an dulu di kedai komik, tapi tak pernah teruja nak membelinya (walaupun sudah berdiskaun) pasal watak nih nampak poyo sangat sampai tak selera nak mencuba…

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SUPER BOWL di:

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang watak Marvel Comics bernama NFL SUPERPRO ini hasil usahasama bersama National Football League?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like