“Manhattan seemed like the whole world to us sometimes. But it was an island – and the Marvels among us didn’t exactly hide!”

— Phil Sheldon, MARVELS, (Januari 1994).

Syarikat Marvel Entertainment telah mentularkan treler pertama untuk MARVELS yang bakal mengadaptasikan siri komik legenda, MARVELS daripada tahun 1994 menjadi siri podcast 10-episod mulai 20 November 2019:

  • Untuk pembaca yang tidak arif, MARVELS akan meneroka kehidupan manusia biasa yang wujud di dalam sebuah dunia dipenuhi adiwira serta pertempuran-pertempuran epik mereka.
  • Walaupun peristiwa-peristiwa di dalam siri komik asal MARVELS adalah daripada tahun 1939 kepada era ’70-an, siri podcast ini hanya akan memfokuskan kepada peristiwa selepas Fantastic Four mengalahkan anasir Galactus di dalam isu MARVELS #3.
  • Foto-jurnalis Phil Sheldon (yang disuarakan oleh pelakon Seth Barrish daripada Billions) berkerjasama dengan jurnalis Ben Urich (Cliff “Method Man” Smith) dan pelajar kolej Marcia Hardesty (pelakon AnnaSophia Robb) untuk menyiasat teori konspirasi dunia adiwira MARVELS yang terbesar!
  • Siri podcast ini juga dibintangi oleh pelakon Ethan Peck (Star Trek Discovery) sebagai Mr. Fantastic; Louisa Krause sebagai Sue Storm; Jake Hart sebagai Ben Grimm; Ehad Berisha sebagai Johnny Storm dan Teo Rapp-Olsson sebagai Peter Parker.

Treler Siri Podcast 10-Episod MARVELS

Siri podcast 10-episod MARVELS ini ditulis oleh Lauren Shippen (The Bright Sessions) dan diarahkan oleh Paul Bae (The Black Tapes).

Pada pendapat penulis, treler siri podcast ini agak unik kerana sebahagian daripada bahagian asalnya yang memaparkan serangan Galactus di bumi mungkin akan ditulis bagaikan siri radio bersiri legenda WAR OF THE WORLDS yang diadaptasikan oleh George Orwell pada tahun 1938 – berdasarkan novel sci fi H.G. Wells (1898).

Untuk pembaca yang tidak arif, 20 minit pertama siri radio WAR OF THE WORLDS oleh George Orwell dibentangkan sebagai simulasi rancangan radio yang kerap kali diganggui dengan buletin berita tentang serangan makhluk asing.

Siri radio WAR OF THE WORLDS bagaikan format ‘reality TV’ yang pertama kali dipermainkan di laman radio pada tahun 1938, sehinggakan ia menyebabkan histeria dan sesetengah pendengar benar-benar mempercayai yang bumi betul-betul diserangi oleh makhluk asing daripada planet Marikh!

Poster Dan Sinopsis Siri Podcast 10-Episod MARVELS

Based on the graphic novel by Kurt Busiek and Alex Ross MARVELS takes place in the aftermath of the Fantastic Four’s battle with Galactus, high above New York City, for the fate of the world. One intrepid photographer, an ambitious college student, and a cynical journalist embark on an investigation to confirm or debunk one of the most super-powered conspiracy theories of all time!

Sinopsis Siri Podcast MARVELS (2019)

#SoalanCepumas

Siri podcast 10-episod MARVELS akan disiarkan pada laman Stitcher Premium mulai 20 November 2019, sebelum disiarkan di pelantar podcast yang lain pada tahun 2020.

Apakah harapan anda untuk adaptasi siri komik legenda MARVELS menjadi siri podcast 10-episod yang akan memaparkan adiwira The Fantastic Four dan Spider-Man nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...