“It’s not who I am underneath, but what I do that defines me.”
— Bruce Wayne, BATMAN BEGINS, (2005).
Pos Malaysia Berhad menggemparkan laman Twitter hari ini apabila ia mentiriskan pandang pertama kepada satu daripada sebelas setem edisi terhad yang bakal di pasaran sempena ulangtahun ke-80 BATMAN:
- Pada awal pagi Isnin, 11 November 2019 laman Twitter digemparkan dengan pengumuman rasmi oleh Pos Malaysia Berhad (@pos4you) bahawa ia bakal mentiriskan satu daripada koleksi setem edisi terhad ulangtahun ke-80 BATMAN sekiranya pos tersebut mendapat 80 retweets.
- Dalam tempoh sejenak sahaja (tidak sampai 15 minit pun), lebih daripada 80 retweets telah pun diperolehi dan setem edisi terhad BATMAN sempena ulangtahunnya yang ke-80 telah ditiriskan!
- Sekilas pandang ia kelihatan bagaikan nukilan Batman yang ikonik oleh pelukis legenda Jim Lee – satu daripada tujuh pengasas Image Comics (Wildstorm Productions) pada era ’90-an serta Chief Creative Officer untuk syarikat DC Comics sejak tahun 2018.
- Setem yang tertiris terdiri daripada koleksi 11 setem edisi terhad bertemakan watak DC Comics, BATMAN sempena ulangtahunnya yang ke-80 tahun ini.
- Nantikan liputan lebih lanjut daripada Buzzpop.tv apabila kami membuat liputan langsung daripada sidang media pelancaran koleksi setem edisi terhad ulangtahun ke-80 BATMAN pada hari Rabu, 13 November 2019 nanti!
Sekiranya anda menyukai artikel ini, ikuti cerita-cerita yang berkaitan dengan ulangtahun ke-80 BATMAN ataupun initiatif Pos Malaysia sebelum ini di:
- #TriviaKomik – Ulangtahun Ke-80 BATMAN Disambut Dengan Batman Day!
- #TriviaKomik – Marvel Menyambut Ulangtahun Ke-80nya Dengan Koleksi Setem Edisi Terhad MARVEL Daripada Pos Malaysia!
#SoalanCepumas
Siapakah artis-artis klasik DC Comics yang pernah menghasilkan komik BATMAN yang anda harapkan akan disertakan di dalam koleksi setem edisi terhad Pos Malaysia nanti?
Bob Kane? Greg Capullo? Frank Miller? Neal Adams? Kelley Jones? Bruce Timm?
Bincangkan.