“EMPYRE: One of the most incredible science fiction sagas Marvel has ever put to page!”

C.B. Cebulski, Editor in Chief, Marvel Comics (2019).

EMPYRE adalah sebuah crossover epik legenda yang bakal menghancurkan Marvel Universe mulai bulan Julai ini – apabila empayar Kree dan Skrulls bersatu di bawah naungan Maharaja Dorrek VIII serta armada perang mereka dalam perjalanan untuk menakluki bumi!

Teaser Trailer EMPYRE
  • A HISTORY OF VIOLENCEEmpayar Skrulls mula tampil dalam komik Fantastic Four #2 (Sept 1961) serta Empayar Kree pula muncul dalam komik Fantastic Four #65 (Ogos 1967), manakala bangsa pokok-telepatik yang bermastautin di planet Hala – the Cotati – hadir di dalam komik Avengers #133 (Mac 1975). Pada mulanya empayar Kree cuba menakluki keseluruhan galaksi, menyebabkan empayar Skrulls yang aman meningkatkan kemampuan perangnya dan puak Cotati tersekat diantara dua empayar ini. Ramai Cotati terkorban ketika perang intergalaktik ini dan hanya satu yang terselamat ke bumi – ahli Avengers – Mantis!
https://www.youtube.com/watch?v=121SnbGU4b0
Trailer #1 EMPYRE
  • TEMPORARY TRUCE – Selepas peristiwa Trial of the Phoenix pada sektor biru bulan di halaman komik Uncanny X-Men #137 (1963), ahli empayar Shiar – Bel-Dann the Kree dan Skrull Raksor terus bertarung sehinggalah kota Inhumans, Attilan menghempap mereka dan menghentikan perbalahan mereka di dalam komik Fantastic Four Annual #18 (1963). The Watcher memutuskan bahawa sekiranya Bel-Dann dan Raksor boleh berkerja sama untuk mengalahkan The Inhumans dan Fantastic Four, maka Kree-Skrull War akan diumumkan berakhir. Watcher berkomplot dengan Inhuman dan Fantastic Four untuk memastikan mereka menang, menghentikan perang Kree-Skrull untuk sementara waktu…
Trailer #2 EMPYRE
  • KREE-SKRULL WAR – Di dalam halaman komik Avengers #89-97 (Jun 1971 – Mac 1972) kumpulan adiwira Bumi tersekat di dalam konflik intergalaktik di antara Kree dan Skrulls. Apabila hero bangsa Kree, Captain Mar-Vell dan maskot Avengers Rick Jones menerima Destiny Force daripada Kree Supreme Intelligence – mereka melepaskan sebatalion hero Golden Age yang berjaya mengakhiri konflik ini. Selepas Kree/Skrull War berakhir, beberapa adiwira Bumi – Mr. Fantastic, Professor X, Doctor Strange, Namor, Iron Man dan Black Bolt – menubuhkan the Illuminati dan mengembara ke Skrull Homeworld untuk menyuruh empayar Skrull meninggalkan Bumi selamanya. Sebaliknya, empayar Skrull menangkap mereka untuk menyiksa dan mencuri informasi yang membawa kepada penaklukan Bumi serta adiwiranya secara rahsia – Secret Invasion (April-Disember 2008).
Poster-Poster Acah Crossover Komik EMPYRE
  • THE CELESTIAL MADONNA SAGA – Sementara itu, di dalam halaman komik Giant-Size Avengers #4 (1974) pelarian Cotati terakhir di Bumi, Mantis mengahwini ahli Avengers Swordsman – di mana Mantis melahirkan Sequoia dan berevolusi menjadi The Celestial Madonna.
Kaver-Kaver Komik EMPYRE #1
  • INCOMING! EMPEROR HULKLING – Sebelum konflik intergalaktik Kree-Skrull War bermula, hubungan di antara hero Kree Captain Mar-Vell dan Permaisuri Skrull Annelle telah melahirkan seorang Putera yang dirahsiakan – ahli Young Avengers yang lebih dikenali sebagai Theodore ‘Teddy’ Altman A.K.A. Hulkling [dibongkarkan di dalam halaman komik Young Avengers #9-12 (2005)]. Di penghujung komik Incoming! # 1 (Disember 2019), Teddy memenuhi takdirnya dan menjadi Emperor Dorrek VIII – menyatukan empayar Kree dan Skrulls menjadi satu!

Poster-Poster Propaganda EMPYRE

SHATTERED EMPIRES – Selepas berjaya menangkap the Illuminati di penghujung Kree-Skrull War, the Skrulls menukarkan beberapa adiwira Bumi dengan ejen-ejen Skrulls. Adiwira Bumi akhirnya mempelajari tentang Secret Invasion (2008) ini dan berjaya mengalahkan pelan penaklukan The Skrulls. Acara crossover komik ini menyebabkan komuniti adiwira Bumi tidak dipercayai sehinggakan antagonis Norman Osborn berjaya mengambil alih Bumi (Dark Reign – 2009), tetapi juga berjaya memulangkan pelabagai adiwira yang dilaporkan mati ataupun hilang sebelum ini – seperti Spider-Woman.

KREE EVOLUTION – Sementara itu, empayar Kree pula menghadapi masalah mereka tersendiri apabila puak Inhumans daripada Bumi menobatkan diri mereka sendiri sebagai puncak pimpinan Kree yang terbaru. Ketika acara War of Kings (2009), empayar Kree dibawah pimpinan the Inhumans terpaksa bertarung dengan empayar Shi’ar di bawah pimpinan ketua terbaru mereka, mutant bernama Vulcan daripada Bumi. Di dalam saga-saga komik terbaru seperti Royals (2017) dan Death of the Inhumans (2018), empayar Kree melalui evolusi terbaru yang mengubahnya lagi.

A SECRET WAR – Kesemua peristiwa-peristiwa yang dibincangkan ini bertembung di dalam halaman komik Incoming #1 tahun lepas, apabila misteri pembunuhan menggabungkan minda-minda terpandai di Marvel Universe! Mangsa terbunuh itu rupa-rupanya Bel-Dann the Kree, yang berkerjasama dengan ahli Skrull, Raksor di dalm sebuah misi rahsia untuk mebawa keamanan kepada dua empayar mereka! Sebelum kematiannya, Bel-Dann meninggalkan mesej terakhir kepada kesemua adiwira Bumi untuk tidak mempercayai the Cotati

CALLING…EMPEROR HULKLING! – Komik Incoming #1 juga memaparkan Hulkling menerima sebuah panggilan daripada luar angkasa. Selepas meluangkan masa sejam dengan teman lelakinya, ahli Young Avengers Billy AKA Wiccan – Teddy meninggalkan bumi selama-lamanya untuk menaiki takhta empayar Kree dan Skrull sebagai Emperor Dorrek VIII! Kini Emperor Dorrek VIII dan armada angkasanya dalam perjalanan ke bulan untuk menaklukinya…

Siri crossover komik EMPYRE, legenda epik yang bakal menghancurkan Marvel Universe bermula pada Julai 2020!

Sinopsis Dan Kaver Komik EMPYRE #1

The return of the Celestial Messiah to the Blue Area of the Moon sets off a new chapter in the Kree/Skrull War—only this time, it’s a Kree/Skrull Alliance aimed directly at Earth, and only the Avengers, the Fantastic Four and more of Earth’s heroes stand in their way…

On the moon, the Avengers are ready to strike with the full power of Earth’s Mightiest Heroes. Approaching from outer space, the Fantastic Four are seeking a diplomatic solution. If the two teams can’t work together to save the day, things can only get worse…

Sinopsis Crossover Komik EMPYRE

Previu 5-Muka Surat Komik EMPYRE #1

Pertemuan pertama kumpulan Fantastic Four dengan armada empayar Kree dan Skrull di bawah naungan ahli Young Avenger, Hulkling a.k.a. Theodore ‘Teddy’ Altman!

Mulai 15 Julai 2020, penulis Dan Slott dan Al Ewing berkerjasama dengan artis Valerio Schiti dan Marte Gracia untuk menjayakan siri crossover komik 6-isu EMPYRE!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Marvel Comics di:

Apakah pendapat anda tentang empayar Kree dan Skrulls berganding bahu untuk membanteras The Avengers dan Fantastic Four mulai bulan Julai 2020 nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...