“It’s true that once a year I travel to Comic-Con… but there I can quickly lower the lights; I can show them the clips, introduce a few stars. And the spotlight is quickly off me.”

— Kevin Feige, SAN DIEGO COMIC-CON, (2014).

Seminggu selepas pengumuman bahawa acara-acara global seperti konvensyen industri permainan video E3, festival filem SXSW dan konvensyen pemilik pawagam CinemaCon telah dibatalkan; kini penganjur Comic-Con International membuat pengumuman tentang WonderCon dan San Diego Comic-Con 2020:

  • Syarikat Comic-Con International (CCI) telah mengumumkan penangguhan konvensyen komik WONDERCON Anaheim yang sepatutnya berlangsung daripada 10-12 April 2020 kerana pandemik Coronavirus (COVID-19).
  • Menurut kenyataan daripada pihak CCI: “To protect public health and slow the rate of transmission of COVID-19, the California Department of Public Health announced a recommendation that gatherings and events of more than 250 people should either be postponed or cancelled. Comic-Con (organizer of WonderCon) will abide by this recommendation. Therefore WonderCon Anaheim, scheduled for April 10-12, 2020 in Anaheim, California, will be postponed until a later date. We will begin processing refunds in the coming days.”
  • Untuk pembaca yang tidak arif, CCI juga adalah penganjur untuk acara San Diego Comic-Con International (SDCC) yang bakal berlangsung daripada 23-26 Julai 2020 – empat bulan daripada sekarang.
  • Kenyataan CCI tentang SDCC 2020: “We continue to work closely with officials in San Diego and at this time no decision has been made regarding the rescheduling of Comic-Con slated to take place this summer; July 23-26, 2020. We urge everyone to follow the recommendations set forth by the Centers for Disease Control and Prevention and your local health officials.”
  • #Komen5KupangKuSan Diego Comic-Con merupakan acara terbesar dan terpenting bagi industri komik, TV dan perfileman genre adiwira Amerika Syarikat setiap tahun. Walaupun masih ada 4 bulan sebelum SDCC, namun memandangkan rakyat Amerika Syarikat tidak mengendahkan perintah berkurung yang diisytiharkan hujung minggu lepas… ada kemungkinan virus Covid-19 akan berleluasa pada bulan Julai 2020 nanti yang akan menyebabkan SDCC ditangguh!

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik SAN DIEGO COMIC-CON di:

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang kebarangkalian acara SDCC 2020 ditangguhkan pada bulan Julai 2020 nanti kerana anasir Coronavirus?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...