“I have one power… I NEVER give up!”
— Batman, JUSTICE LEAGUE, (Oct 2003).
Rabu, 13 November 2019: Pos Malaysia Berhad melancarkan Setem Edisi Terhad Ulangtahun Ke-80 BATMAN hari ini di Pos Malaysia HQ, Kompleks Dayabumi.
Ikuti 5 fakta yang anda perlu tahu tentang koleksi terbaru Setem Ku ini:
- Setem Edisi Terhad Ulangtahun Ke-80 BATMAN kini boleh dibeli daripada 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara mulai hari ini. Lokasi, nombor telefon dan waktu operasi Pejabat Pos Besar disetiap negeri boleh diperolehi di sini.
- Selain daripada itu, set folder ini juga boleh dibeli secara atas talian di www.eziemall.com di bahagian ‘Stamps & Collectibles’.
- Set Setem Ku pertama yang ditawarkan adalah 80 Years Batman Folder Set berharga RM120 yang menawarkan 10 setem unik bertemakan seni Batman selama sejarah penerbitan 80 tahunnya, 1 setem ulangtahun ke-80 versi foil hologram, 3 poskad bertemakan Batman, 2 souvenir cover dengan seni 10 setem tersebut, serta 1 folder ulangtahun ke-80 Batman!
- Set Setem Ku kedua yang ditawarkan adalah 80 Years Batman Special Pack berharga RM10 yang menawarkan 3 setem unik bertemakan seni Batman selama sejarah penerbitan 80 tahunnya, 1 poskad bertemakan Batman, 1 sampul surat!
- Koleksi Setem Ku ini adalah edisi terhad dengan hanya 8,000 set dihasilkan untuk 80 Years Batman Folder Set dan hanya 40,000 set untuk 80 Years Batman Special Pack.
11 Seni Unik Di Dalam 80 Years BATMAN Folder Set
80 Years Batman Folder Set memaparkan 11 seni unik yang terpilih daripada 80 tahun seni penerbitannya di halaman DC Comics:
Meraikan penampilan pertama Batman di dalam Detective Comics #27 pada tahun 1939 ciptaan penulis Bill Finger dan pelukis legenda Bob Kane.
3 Seni Unik Di Dalam 80 Years BATMAN Special Pack
Manakala 80 Years Batman Special Pack pula memaparkan seni unik daripada tiga era berlainan sejarah penerbitan Batman di halaman DC Comics:
- Batman: The Silver Age (1955-1969)
- Batman: Rebirth (2016-2018)
- All Star Batman & Robin, the Boy Wonder (2005-2008)
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang setem-setem Batman yang ditawarkan oleh Pos Malaysia sempena ulangtahunnya yang ke-80?
Bincangkan.