“It’s an instinct. A feeling. The force brought us together.”
— Finn, STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER (2019).
Syarikat Marvel Comics telah menerbitkan komik siri mini 4-isu berjudul JOURNEY TO STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER – STAR WARS: ALLEGIANCE yang menyambut kedatangan filem terakhir di dalam Skywalker Saga yang berlangsung selama 42-tahun ini:
- Komik siri mini 4-isu oleh Marvel Comics ini dicipta oleh penulis Ethan Sacks (Old Man Hawkeye, Old Man Quill) dan pelukis Luke Ross (Savage Sword of Conan, Spider-Man: The Gauntlet) yang diterbitkan setiap minggu pada bulan Oktober daripada 9 Oktober sehingga 28 Oktober 2019.
- Siri komik ini berlaku di dalam tempoh satu tahun di antara filem STAR WARS: THE LAST JEDI dan STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER – memaparkan peristiwa General Organa dan krewnya yang melarikan diri daripada planet Crait sehinggalah babak pembukaan filem The Rise of Skywalker.
- Pada kali terakhir kita menjumpai The Resistance di penghujung filem The Last Jedi, pelarian yang terselamat hanya cukup untuk muat ke dalam kapal angkasa Millennium Falcon. STAR WARS: ALLEGIANCE akan mendedahkan bagaimana General Organa berjaya mencari rekrut baru untuk The Resistance!
- STAR WARS: ALLEGIANCE mengisahkan tentang dua pengembaraan yang berlaku serentak: Delegasi yang terdiri daripada Leia, Rey, Rose, Chewbacca dan C-3PO yang berhijrah ke planet Mon Cala; dan kumpulan yang terdiri daripada Finn, Poe, serta BB-8 yang menjalani misi sulit mereka tersendiri.
- Watak Kendoh dan gengnya daripada taman tema STAR WARS: GALAXY’S EDGE adalah satu daripada antagonis yang bakal terlibat di dalam siri komik ini. Satu daripada watak baru yang akan membuat kemunculan pertamanya di dalam siri komik ini dan memainkan peranan penting di dalam filem The Rise of Skywalker nanti adalah – Aftab Ackbar, anak kepada Admiral Ackbar daripada armada tersohor Mon Calamari!
Previu 5 Muka Surat Komik STAR WARS: ALLEGIANCE #1
Sinopsis Siri Komik STAR WARS: ALLEGIANCE
“Hounded by the FIRST ORDER across the galaxy, the RESISTANCE is in dire need of ships, weapons and recruits to make a final stand against KYLO REN’S forces.
Desperation drives a delegation led by GENERAL LEIA ORGANA and REY to entreat the Rebel veteran’s one-time allies, THE MON CALAMARI, to join the fight — but decades after Imperial occupation enslaved their planet, there are those willing to stop at nothing to prevent another war from bloodying the waters of Mon Cala.
A system away, POE DAMERON and FINN have their own mission: to hunt down a weapons cache on the remote moon of Avedot, unaware that they are being hunted by the most notorious criminal gang in the galaxy.”
Sinopsis Siri Komik STAR WARS: ALLEGIANCE (2019)
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang kehadiran anak kepada Admiral Ackbar – Aftab Ackbar di dalam filem STAR WARS: EPISODE IX – THE RISE OF SKYWALKER nanti?
Bincangkan.