“We are excited to introduce this original team, WARRIORS OF THE SKY to MARVEL FUTURE FIGHT fans and expand on the continually growing, wide variety of character choices in the game.”
— Danny Koo, Penerbit Senior, Marvel Games (2019).
TERKINI: Artis komik Malaysia, Zid dan Adijin mengkritik rekacipta watak adiwira SUN BIRD yang diperkenalkan oleh pencipta permainan video mobile RPG – MARVEL FUTURE FIGHT – Netmarble Games di Thailand Games Show minggu lepas.
- Di Thailand Games Show bulan lepas, Netmarble Games mengumumkan kumpulan Warriors of the Sky untuk permainan video mobile RPG, MARVEL FUTURE FIGHT memaparkan 4 adiwira terbaru yang berasal daripada Asia Tenggara – Blue Dragon daripada Vietnam, War Tiger daripada Thailand, Shadow Shell daripada Taiwan dan Sun Bird daripada Malaysia.
- Sinopsis adiwira SUN BIRD daripada Malaysia: “Soaring into battle as guardian of the South, the searing Sun Bird provides healing support for the Warriors of the Sky. With agile charm, this Malaysian pirate from the 1600s reborn by the power of his twin krises seeks to make the most of his new life by supporting the world however possible.”
- Sejurus selepas pengumuman ini, rekacipta SUN BIRD yang agak kontroversial menerima kritikan daripada segelintir peminat tegar Marvel di Malaysia – terutamanya dua artis komik Malaysia – Adijin dan Zid.
- Untuk pembaca yang tidak arif, Adijin atau nama sebenarnya Aadi Salman ialah seorang ilustrator dan pelukis komik yang pernah terkenal dengan nukilannya melalui Urban Comics serta sebagai seorang artis seni konsep/ ilustrator di Ubisoft Montreal untuk permainan video FAR CRY 4 dan WATCH DOGS 2.
- Zid atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Kamal Baharin, merupakan pelukis komik Malaysia yang banyak menghasilkan karya di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan karya-karya untuk Legendary Comics seperti Skull Island: The Birth of Kong, Lost In Space: Countdown to Danger dan Carnival Row: From the Dark.
#SoalanCepumas
Apakah pendapat anda tentang rekacipta SUN BIRD oleh Netmarble Games untuk permainan mobile RPG, MARVEL Future Fight?
Adakah kritikan oleh Zid dan Adijin serta rekacipta alternatif untuk SUN BIRD lebih melambangkan identiti Malaysia pada pendapat anda?
Bincangkan.