“Worthiness should not be defined by the whims of magic weapons. Rise, my son, and let the hammer be damned. Rise and remember the hero that you are.”

— Odin the Allfather, THE UNWORTHY THOR, 2017.

Selepas 7 tahun dibawah kelolaan penulis tersohor Jason Aaron di Marvel Comics, saga THOR bakal bertukar tangan dengan gandingan kreatif terbaru mulai 1 Januari 2020. Ikuti pandang pertama THOR #1 di bawah!

  • Penulis tersohor Jason Aaron telah menulis saga THOR setiap bulan sejak tahun 2013 lagi – daripada komik Thor: God of Thunder kepada pengembaraan watak Jane Foster sebagai The Goddess of Thunder, sehinggalah saga terbaru yang mengisahkan tentang King Thor.
  • Penulis siri terbaru THOR, Donny Cates (Venom, Silver Surfer: Black) telah mentularkan di laman Twitternya beberapa muka surat daripada komik THOR #1 oleh pelukis Nic Klein dan pewarna digital Matthew Wilson
https://twitter.com/Doncates/status/1180492760203370498
  • Siri THOR jilid ke-6 ini telah diumumkan ketika panel Marvel’s Next Big Thing panel di New York Comic-Con 2019 tempoh hari pada awal bulan Oktober 2019.
  • Sempena dengan penerbitan THOR #1 bulan hadapan, pihak Marvel Entertainment telah mentularkan sebuah treler acah dimana penulis Donny Cates, editor Will Moss dan Editor-in-Chief C.B. Cebulski bercerita tentang visi terbaru untuk Thor ini:
  • Komik THOR #1 bakal diterbitkan pada 1 Januari 2020. Dapatkan isu tersebut di kedai The Last Comic Shop Malaysia. Sementara itu, nikmati tiga muka surat yang telah ditiriskan oleh penulis Donny Cates setakat ini:

Previu 3-Muka Surat Komik THOR #1

Sinopsis Dan Muka Hadapan Komik THOR #1

A BRAND-NEW, SUPERSTAR CREATIVE TEAM TAKES THE KING OF ASGARD TO NEW REALMS OF GLORY!

The prince is now a king. All Asgard lies before Thor, the God of Thunder. And after many months of war, the Ten Realms are finally at peace. But the skies above the Realm Eternal are never clear for long. The Black Winter is coming. And the God of the Storm will be powerless before it.

Sinopsis Komik THOR #1

#SoalanCepumas

Adakah anda peminat tegar komik THOR selama 7 tahun yang lepas di bawah kelolaan penulis tersohor Jason Aaron? Apakah jalan cerita yang anda paling minati didalam saga yang berlangsung selama 7 tahun ini?

Apakah harapan anda untuk THOR di bawah kelolaan Donny Cates, Nic Klein dan Matthew Wilson mulai Januari 2020 nanti?

Bincangkan.

Nik Nadzru Iskandar

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah - The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) - dengan...