“Everything I’ve done, everything I’ll do today, everything I’ll ever do, I do to protect this world. When I put on this armor, I took on more power than any human was ever intended to have… and maybe more responsibility than my heart can truly bear. But today… I will do my job. I will protect you. No matter what it takes…”
— Tony Stark, IRON MAN, Earth-616.
Pada bulan September ini, watak Tony Stark bakal kembali ke Marvel Comics sebagai Iron Man! Penulis tersohor dan penerbit TV Christopher Cantwell (Doctor Doom, siri TV Halt and Catch Fire) dan artis antarabangsa CAFU (Jane Foster: Valkyrie) akan membawa era terbaru Iron Man ke Marvel – berdasarkan sut perisai terbaru rekaan artis legenda Marvel, Alex Ross.
- VISI BARU UNTUK TONY – Menurut penulis TV dan komik Christopher Cantwell: “I’m over the moon about getting a shot at writing the Golden Avenger. Since Bob Layton’s art in the 1980s captured my imagination as a kid, I’ve been fascinated by Iron Man, and in this new story run, I’m aiming to explore the question: who should Iron Man be today? An angel? A god? Or just a humble man?”
- GOD COMPLEX – Cantwell menambah: “Tony’s going to try and strip the idea of Iron Man all the way down to its metal core, something that will constantly be at odds with his giant ego. We’ll see if he can truly keep his arrogant self-image in check, even as others with god complexes set their sights on the entire universe.”
- REKAAN ALEX ROSS – Permulaan baru untuk Tony Stark ini disertai oleh rekaan terbaru sut perisainya oleh artis tersohor Alex Ross (Kingdom Come, Marvels) yang iras-iras bagaikan rekaan artis Iron Man zaman 1980-an, Bob Layton.
- HELLO TONY, GOODBYE ARNO? – Untuk pembaca yang tidak arif, Tony Stark meninggal dunia di penghujung crossover komik, Civil War II selepas bertengkar dengan Captain Marvel. Adik angkatnya, Arno Stark mengambil alih tempat Tony sebagai Iron Man 2020 pada bulan Januari 2020. Kini dengan kembalinya Tony Stark ke Marvel Comics, apakah yang bakal terjadi kepada nasib Arno Stark di dalam jangka masa panjang?
- ERA TERBRU IRON MAN – Artis legenda Alex Ross melukis kaver isu pertama Iron Man #1 yang bakal diterbitkan oleh Marvel Comics pada bulan September 2020.
#Komen5KupangKu – Nak masuk enam kali dah Tony Stark mati di dalam sejarah Marvel Comics setakat ini! Kali pertamanya ketika crossover komik Secret Wars (1985), diikuti ketika komik Avengers #395 (1995), crossover komik Onslaught (1996), crossover komik Dark Reign (2009), crossover komik Civil War II (2016) serta komik Iron Man 2020 #5 (2020)…
Aku harap kali ini, Tony Stark akan dapat wujud di dalam Marvel Universe untuk jangka masa depan tanpa digunakan sebagai sekeping catur oleh penulis-penulis Marvel Comics untuk dikorbankan begitu sahaja…
#SoalanCepumas
Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan watak Iron Man, serta syarikat Marvel Comics di:
- #TriviaKomik – Bolehkah Magneto Mengangkat Mjolnir?
- #TriviaKomik – IRON MAN 2020: Goodbye Tony Stark, Hello Arno Stark!
- #PandangPertama – Iron Man Dan Thanos Versi Hot Toys x AVENGERS: ENDGAME!
- #TriviaKomik – Kesemua Rahsia HISTORY OF THE MARVEL UNIVERSE Didedahkan
- #TriviaFilem – Tahukah Anda Filem IRON MAN (2008) Mempunyai Babak ‘Post-Credit’ Versi Alternatif?
Apakah harapan anda untuk kepulangan Tony Stark sebagai Iron Man ke Marvel Comics kali ini?
Bincangkan.